Azam Baru - Bitcoin 2022

Ramai pengguna Bitcoin dan kripto - menjangkakan nilai yang didagang mencecah 100 ribu dolar A.S pada penghujung tahun 2021 dan mula dengan fasa yang baru untuk tahun 2022. Hajat hati memeluk gunung, apalah daya tangan tak sampai.

Bagi saya, nilai Bitcoin terletak pada proses penerimaan orang ramai di seluruh dunia dan menjadikan pasaran bebas suatu realiti berdasarkan konsep ekonomi Austria (Austrian Economics).

Saya ada ciap bebenang di ruang Twitter beberapa hari yang lepas mengenai Bitcoin sebagai matawang digital yang mempunyai had bekalan 21 juta di dalam sistem rantaian blok - untuk menjadikan ia sebagai piawaian kepada nilai.

1. Bitcoin - inovasi ketidakcukupan digital dan penemuan ulung teknologi seperti elektrik atau internet, yang mengubah segala-galanya. Antara tanggapan salah yang biasa dikaitkan di mana Bitcoin akan melalui fasa gangguan oleh beribu-ribu jenis matawang kripto.
2. Tesis seperti ini gagal kerana tidak mengenali Bitcoin sebagai "kebergantungan arah/jalan/laluan". Kebergantungan arah/jalan/laluan yang berulang-ulang atau melalui beberapa peristiwa yg berturut-turut menjadikan ianya penting bagi sesuatu perkara.
3. Salah satu contoh konsep soket alur keluar elektrik - pembuatan perkakasan elektrik perlu memenuhi piawaian dan sangat mahal jika kita mengubah piawaian tersebut.
4. Bitcoin menjadi salah satu wang digital yang berjaya diciptakan, sekarang ia sedang menuju ke arah untuk menjadi piawaian kepada nilai yang di terima diperingkat global.
5. Mustahil bagi alternatif-alternatif yang lain untuk meniru proses penerimaan secara semulajadi ini dan menjadikan Bitcoin sangat berdaya tahan/kalis kepada gangguan.

Azam Baru - Bitcoin 2022

Bagi yang baru sahaja mengenali dunia Bitcoin, ambil peluang untuk belajar dengan lebih mendalam atau secara asas.

1. Baca Kertas Putih Bitcoin

2. Baca "The Bitcoin Standard - Saifedean Ammous" (piawaian Bitcoin)

3. Baca "The Fiat Standard - Saifedean Ammous" (piawaian Fiat)

4. Beli Bitcoin, simpan dan belajar bagaimana menggunakan dompet penjagaan kendiri (self-custodial/non-custodial).

5. Kongsikan ilmu Bitcoin dengan keluarga dan kawan-kawan.

Tahun 2022, apa azam baru saya? Tidak lain tidak bukan, Bitcoin - yang menjadi fokus utama untuk mengupas latar belakang konsep dan falsafah budaya teknologi Bitcoin serta meneliti perbezaan serta kepelbagaiannya dalam memacu kemajuan negara, rakyat dan bangsa di seluruh dunia. Paling penting sekali, jangan kita lupa jaga kesihatan diri kita sendiri dan luangkan masa bersama-sama orang yang tersayang. Itu harapan saya bagi sesiapa yang membaca penulisan saya sebagai satu lagi titik permulaan untuk tahun 2022.

Terima kasih kerana membaca.

Share this story