Perang Pemisahan ₿itcoin (fork) 2017

Tahun 2017 telah datang dan berlalu, menggegarkan dunia mata wang kripto dengan sekumpulan pendatang baharu. Mereka berhasrat untuk membuat peraturan yang baharu bagi Bitcoin. Perjalanan yang berliku-liku bagi Bitcoin pada tahun itu menyebabkan berlakunya pemisahan keras (hard fork) yang ketara daripada rantaian blok asal.

"Pokok sena kampung seberang, satu dahan dua cabang..".

Pemisahan Liut (Soft Fork) & Pemisahan Keras (Hard Fork)

Pemisahan Liut: Sejenis pengemaskinian, peraturan baharu, serasi dengan versi lama.
Pemisahan Keras: Sejenis perubahan/pengubahan, rantaian blok baharu, tidak serasi dengan versi lama.
  1. Pemisahan Liut (Soft Fork) - Pemisahan Liut ialah perubahan kepada protokol Bitcoin, bukannya perubahan kepada produk akhir. Perbezaan besar antara pemisahan liut dan pemisahan keras: pemisahan liut adalah serasi mundur (backward-compatible). Ini bermakna protokol baharu akan diiktiraf/dikenalpasti oleh nod lama di dalam sistem. Ini juga bermakna bahawa tidak ada produk baru yang dilancarkan.
  2. Pemisahan Keras (Hard Fork) - Pemisahan Keras ialah versi baharu Bitcoin yang berpisah sepenuhnya daripada versi asal. Tiada transaksi atau komunikasi di antara kedua-dua jenis Bitcoin selepas pemisahan keras. Oleh kerana perasingan ini, ia menjadi kekal.

Konsep pemisahan dan teknologi yang terlibat adalah sangat kompleks, tetapi cara paling mudah untuk memikirkan pemisahan Bitcoin adalah ia memperkenalkan satu set peraturan baharu untuk diikuti oleh Bitcoin. Oleh kerana peraturan baharu diperkenalkan, pengguna yang melombong rantaian blok Bitcoin tertentu itu boleh memilih untuk mengikuti satu set peraturan atau yang lain. Sama seperti persimpangan jalan. (rujuk gambar di atas)

Semasa 1 Ogos 2017, jumlah bitcoin dan bitcoin cash yang dipegang oleh semua orang pada ketika itu adalah sama. Selepas perdebatan, komuniti yang berada di dalam bitcoin cash membuat keputusan bahawa bitcoin, BTC, adalah juara (menunjukkan perbezaan harga dan kadar cincangan).

Mengapa persaingan ini berlaku?

Masalah Pengskalaan (The Scalling Problem)

Jika kita tanya kepada para pengguna bitcoin tentang isu-isu pengskalaan bitcoin, mereka akan berfikir perkara ini agak kelakar dan memberitahu kita bahawa bitcoin tidak mempunyai masalah pengskalaan. Walaupun masalah ini tidak dapat dipertikaikan, sebenarnya bitcoin tidak dapat mengskalakan dirinya sendiri. Ia memerlukan penyelesaian jika seluruh dunia mahu menerimanya.

Penulisan yang akan datang, kita akan bercakap tentang beberapa penyelesaian kepada masalah dan isu-isu berbangkit mengenai pengskalaan bitcoin.

Perdebatan Saiz Blok: Bitcoin & Bitcoin Cash

Para pengguna awal bitcoin berdebat: bagaimana menskalakan bitcoin? Ada beberapa yang berpendapat, pengskalaan seharusnya diselesaikan dengan penuh sabar dalam memajukan penyelesaian rantaian luar (off-chain). Ada juga yang ingin menambahkan saiz blok 1MB bitcoin, supaya tidak menjauhkan para pengguna apabila blok-blok menjadi semakin sesak dengan transaksi.

Jika kita lihat, mungkin ini adalah idea yang baik bagi meningkatkan kapasiti saiz blok dan mengurangkan yuran/bayaran transaksi kepada para pengguna. Tetapi, jika kita ikut laluan ini, kita memerlukan perkakas yang sangat mahal dan rumit, menjadikan ia tidak mudah diakses untuk para pengguna untuk membuat pengesahan blok dengan menggunakan nod mereka sendiri. Semakin besar saiz blok, semakin susah nod penuh untuk mengesahkan blok dengan efektif, maka semakin luas jurang untuk menjalankan nod dan membuat bitcoin menjadi kurang desentralisasi.

Bitcoin harus diskalakan, dan ia perlu dilakukan tanpa mengkompromi keselamatan dan desentralisasi.

Oleh kerana perdebatan yang berlaku di dalam komuniti bitcoin, sebilangan daripada mereka melancarkan bitcoin cash dengan saiz blok yang besar daripada kapasiti 1MB ke 32MB, maka terciptalah pemisahan keras.

Namun malangnya bagi komuniti bitcoin cash, beberapa tahun yang lepas, bitcoin cash mendapat kurang sambutan dan tidak relevan. Segelintir para penyokong masih menggunakan bitcoin cash pada hari ini, komuniti umum telah menentukan bitcoin adalah pemenang, seperti yang dibuktikan oleh penguasaan pasaran dan kuasa melombong yang ditentukan oleh rangkaian Bitcoin.

Pemisahan-pemisahan Yang Lain

Berapa banyak jenis pemisahan-pemisahan yang ada selain daripada Bitcoin? Keseluruhannya terdapat 105 jenis pemisahan. Ada yang masih aktif dan juga ada yang tidak relevan ataupun menjadi sejarah. Kita boleh melihat jenis-jenis pemisahan di sini: https://forkdrop.io/how-many-bitcoin-forks-are-there

Kesimpulannya, pemisahan keras berlaku disebabkan ketidakpuashati kepada peraturan-peraturan protokol, seperti saiz blok atau masa yang diambil untuk melombong blok yang baru. Walaupun pemisahan keras ini sedang berkembang, semua matawang kripto ini tidak mungkin akan menjadi sesuatu yang diharapkan. Pendek kata, ia sekadar skim "pam dan buang". Jika sesetengah daripada mereka bertahan dan menjadi matawang kripto yang teratas, seperti Litecoin, matlamat untuk menggantikan bitcoin sebagai "penambahbaikan" kemungkinan boleh berlaku; disebabkan pengaruh rangkaian bitcoin yang tersedia ada.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story