21hb UP🚀tober 2021 - 21 Juta ₿

Pernah tak main permainan Monopoly ? Ataupun versi Malaysia, Saidina? Ingat tak macam mana? Bayangkan perbankan pusat seperti lelaki ni:

Monopoly Man mewakili bank pusat.

Pada beberapa pas yang pertama di atas papan Monopoli, kita berpeluang membeli hartanah dan komoditi lain. Pasaran terbuka, harga berpatutan, dan persaingan rendah. Kadang-kala, kita tidak bernasib baik dan perlu membayar denda kejutan atau cukai yang besar. Tetapi, itulah lumrah kehidupankan.

Monopoly Man membolehkan kita mengumpulkan $200 jika kita lulus atau melepasi GO, mungkin sebab Monopoly Man seorang yang murah hati kot. Maka sekarang kita telah mengisi sebahagian simpanan kita, jadi kita boleh kembali ke papan permainan dan mengambil jalan keluar yang lain.

Setelah beberapa pusingan, sewa hartanah yang telah dibeli perlu dibayar kepada pemilik, dan mengumpulkan wang percuma lagi di GO. Hah!...mula lah azab sedang menyisip masuk - lepas tu berdoalah puas-puas agar kita tidak mendarat di kawasan dupleks seseorang atau lebih buruk lagi, di hotel mereka. Dengan setiap pas di papan permainan, kita masih mengumpulkan $200. Bukan nak kata riak, tetapi $200 tidak memberi banyak makna apabila simpanan kita habis. Sewa nampaknya berlipat kali ganda setiap kali giliran yang kita ambil.

Walaupun ini adalah versi permainan, prinsip asasnya tetap ada: Mereka yang telah melaburkan dalam aset (seperti hartanah atau saham) melihat nilai bersih mereka dihargai; mereka yang berhutang dan mempunyai sedikit atau hampir tiada aset terus melihat simpanan mereka dihapuskan. Kuasa beli mereka semakin lemah, komoditi dan aset menjadi lebih mahal, dan tidak ada bantuan kerajaan yang dapat menyelamatkannya.

Sebenarnya, "wang percuma" datang semula untuk membaham keadaan mereka dengan lebih sukar lagi pada pusingan berikutnya. Walaupun orang kaya melihat aset mereka melambung tinggi kerana lebih banyak wang yang diperkenalkan ke dalam permainan tersebut, orang miskin melihat simpanan mereka dikurangkan kerana barang yang mereka mampu (seperti sewa) menjadi mahal.

Ini adalah akibat daripada inflasi: di mana kerajaan mencetak wang dengan niat untuk memacu ekonomi. Tetapi pada akhir cerita, orang kaya hanya menjadi lebih kaya dan harga barang menjadi lebih mahal, sehingga rakyat terjebak di dalam satu lingkaran kemiskinan - walaupun mereka mungkin mengumpul sebanyak $200 di GO.

"Nah, wang percuma! Kalau you tak cukup duit nak bayar sewa $2000 bulan ini, boleh jer pinjam duit daripada I dengan kadar faedah 20%!"
"Oh ya, bulan depan, sewa naik tau, $3000, sebab sekarang ni ada wang lebih dalam ekonomi. Selamat menjadi miskin!"

Kerajaan dibenarkan untuk menaikkan bekalan wang bila-bila masa yang mereka mahu. Mereka mahu kita berfikir bahawa semuanya terkawal - sebenarnya memang pun. Di sinilah timbulnya masalah: Mereka akan menikam kita di belakang sambil berjabat tangan. Kau mampu? Kejam tak kejam. Lebih-lebih lagi dalam diam.

Jumlah Peredaran Bitcoin - Jumlah keseluruhan bitcoin yang dilombong yang sedang beredar di rangkaian setakat ini pada 21 Oktober 2021

Walau bagaimanapun, dengan Bitcoin, tiada siapa yang mengawal selia. Bekalan Bitcoin dihadkan pada 21 juta, sementara dolar atau ringgit fiat dapat dicetak tanpa batasan.

Hasil daripada had bekalan bitcoin adalah sukar diperolehi (scarcity). Disebabkan bekalan bitcoin yang terhad, ini menjadikannya sesuatu yang sukar diperolehi. Apabila permintaan bitcoin meningkat, harganya akan turut meningkat, dan sekaligus menyebabkan peningkatan kuasa beli.

Sekian.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story