7 Lapisan Keselamatan Bitcoin (Sam Callahan)

Terjemahan berdasarkan bebenang Twitter Sam Callahan.

Seni bina Bukti Kerja Bitcoin mencipta Tujuh Lapisan Keselamatan dan berfungsi sebagai asas untuk rangkaian kewangan digital yang pertama & terhebat di dunia.

Rangka kerja daripada minda Michael Saylor

Bukti Kerja membezakan Bitcoin daripada setiap aset yang lain. Penggunaan tenaga yang digabungkan dengan rangkaian kewangan membentuk 7 lapisan keselamatan. Setiap lapisan bertindak sebagai titik rentangan terhadap gangguan dan memupuk pertumbuhan rangkaian. Semakin ramai pengguna rangkaian, semakin tahanlah ia.

Lapisan 1: Lapisan Tenaga⚡

Bitcoin terus diberi kadar cincangan dan menggunakan tenaga itu untuk mengesahkan transaksi, mengeluarkan syiling baru dan melindungi rangkaian. Penggunaan tenaganya adalah asas kepada keselamatan rangkaian.

"Jika anda mahu mereka bentuk makhluk abadi yang mengekalkan integritinya, maka anda mesti memberinya tenaga secara berterusan." - Michael Saylor

Penggunaan tenaga mencipta perisai tenaga yang disulitkan yang melindungi rangkaian daripada serangan. Lebih banyak tenaga yang digunakan oleh Bitcoin, lebih banyak tenaga yang diperlukan oleh pelaku jahat untuk melakukan serangan sebanyak 51%. Buat pada masa ini ia akan mengambil masa lebih daripada 110 TWj untuk menyerang rangkaian (sangat banyak).

Gambar ilustrasi: perisai tenaga melindungi daripada serangan

Bitcoin bukan sahaja mendapat manfaat daripada penggunaan tenaganya, begitu juga dengan pengeluar tenaga yang menjualnya. Pengeluar tenaga sentiasa mencari pembeli tenaga mereka yang terkandas, tenaga yang terbuang atau apabila mereka mempunyai lebihan tenaga disebabkan oleh permintaan yang rendah atau sumber terputus-putus.

"Bitcoin tidak bersaing untuk mendapatkan sumber. Sumber bersaing untuk mendapatkan Bitcoin." oleh @ObiWanKenoBit

Bitcoin ialah pembeli apa-apa jenis tenaga pada mana-mana skala. Anda tidak perlu ditempatkan bersama dengan pelombong yang menjalankan pelombongan, anda tidak perlu membina paip dan infrastruktur yang mahal, & anda boleh menghidupkan dan mematikannya dengan kos yang rendah. Ini menjadikan pelombong pembeli yang sempurna bagi tenaga yang terkandas & terbuang.

Faedah yang Bitcoin bawa kepada industri tenaga tidak terhenti kepada keuntungan sahaja. Pengeluaran adalah tidak menentu dengan tenaga angin dan solar. Bitcoin bertindak sebagai penimbal yang boleh ubah untuk memuatkan permintaan kepada grid-grid ini. Ia bertindak sebagai penyerap kejutan dan membawa kebolehpercayaan dan toleransi sesar kepada grid elektrik.

Perlombongan Bitcoin juga membantu pengeluar tenaga mematuhi peraturan pembakaran gas yang semakin meningkat sambil mengurangkan pelepasan keseluruhan gas rumah hijau. @CrusoeEnergy melaporkan teknologinya mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak ~63% berbanding dengan pembakaran gas berterusan (~400,000 tan pengurangan tahunan).

Semua ini menjadikan para pelombong dan industri tenaga padanan yang sesuai. Para pelombong akan menjadi para pelanggan yang berharga dan akan mendapat perikatan politik yang kuat di dalam proses. Industri tenaga merupakan salah satu kumpulan pelobi yang terbesar, dan mereka kini diberi insentif untuk melindungi Bitcoin.

Bitcoin sedang merekrut modal tenaga untuk menjamin rangkaiannya. Industri tenaga sedang menyertai rangkaian Bitcoin dan kini akan secara aktif mempertahankan dinding cincangan yang menjadi sebahagian daripadanya. Kini terdapat tembok tenaga berkekuatan 110 TWj yang perlu dilalui oleh penyerang untuk menyerangnya.

Lapisan 2: Lapisan Teknologi

Anda bukan sahaja memerlukan sejumlah besar tenaga untuk menyerang Bitcoin, anda memerlukan kuasa cincangan, yang datang daripada peralatan perlombongan khusus yang dipanggil ASIC (application-specific integrated circuit - litar bersepadu khusus aplikasi).

"Bitcoin adalah dinding tenaga yang disulitkan... tenaga adalah bahagian pertama, tetapi penyulitan adalah bahagian kedua." - Michael Saylor

Pada masa ini, anda memerlukan kira-kira 100 Exahash peralatan perlombongan SHA-256 untuk menyerang rangkaian. Ia mengambil masa ~10,000 pelombong untuk sampai ke 1 Exahash. Jadi pelaku jahat memerlukan ~1 juta pelantar perlombongan. Bagaimanakah penyerang secara rahsia menghasilkan 1 juta pelantar perlombongan?

Selain itu, apabila permintaan untuk Bitcoin meningkat, kita akan mula melihat lebih banyak syarikat semikonduktor dibina dalam industri perlombongan. Pelaburan modal jangka panjang diperlukan untuk mengekalkan daya saing dalam menghasilkan ASIC khusus yang baharu. Bitcoin akan turut serta dalam industri semikonduktor.

Nilai pasaran semikonduktor boleh mencecah sehingga $600B menjelang 2025 memandangkan permintaan global untuk semikonduktor terus meningkat. Para penggiat industri kini akan mempunyai kuasa dalam permainan apabila ia berkaitan dengan perlombongan. Mereka akan menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi Bitcoin dan kepentingan peribadi mereka.

Di samping mendapat sokongan daripada industri semikonduktor, perkakasan itu sendiri menjadi lebih penting kepada keselamatan dari semasa ke semasa berbanding kos tenaga sebenar. Perkakasan menjadi lebih cekap dan menghasilkan lebih banyak cincangan bagi setiap perbelanjaan tenaga.

CPUs > GPUs > FGPA > ASICs

Dalam erti kata yang lain - oleh kerana perkakasan perlombongan menjadi begitu cekap berbanding generasi lama, bukan jumlah tenaga atau bilangan pelombong yang penting, tetapi generasi perkakasan perlombongan yang anda gunakan untuk melombong. Di bawah menunjukkan peningkatan kecekapan perkakasan dari semasa ke semasa:

Tetapi perkakasan pelombong yang lama bukan sahaja dihantar ke tempat pelupusan sampah, mereka boleh digunakan untuk mengedarkan lagi kadar cincangan. Memandangkan setiap generasi lebih cekap daripada generasi sebelumnya, perkakasan baru digunakan di tempat yang mempunyai tenaga yang mahal, dan perkakasan yang lama dihantar ke tempat yang mempunyai tenaga yang murah.

Oleh itu rangkaian menjadi lebih selamat dan diedarkan merentasi kitaran perkakasan ini. Memandangkan syarikat teknologi terus menambah baik perkakasan mereka, perlombongan akan menjadi lebih cekap, dan pelaku jahat perlu mencari tenaga & perkakas perlombongan terbaik di pasaran untuk menyerang Bitcoin.

Lapisan 3: Lapisan Politik

Bitcoin memberi insentif kepada ahli politik dan kerajaan untuk memastikan kejayaan dan berinteraksi dengannya kerana semua orang akan mendapat manfaat. Dengan caranya yang unik, Bitcoin menggalakkan ketertiban dalam bidang politik dengan menyelaraskan insentif.

"Rangkaian perlombongan Bitcoin menjadi rangkaian lobi politik untuk Bitcoin. Setiap ahli politik yang mempunyai lombong Bitcoin, mempunyai pendapatan cukai dan pekerjaan." - Michael Saylor

Para pelombong mempunyai jangka masa yang panjang dan kos tetap yang berkaitan dengan membina pelantar dan infrastruktur mereka. Ini memaksa mereka untuk berfikir dengan lebih teliti tentang lokasi operasi mereka. Mereka mesti mempertimbangkan sokongan politik dan kestabilan bidang kuasa sebelum ia dibina.

Para pelombong Bitcoin dari China baru-baru ini mempelajari pelajaran dengan cara yang sukar sekali, kerana kerajaan mereka mengharamkan Bitcoin dan memaksa mereka keluar dari negara itu. Para pelombong Bitcoin sentiasa berfikir, "Di manakah saya boleh mencari tenaga paling murah dalam bidang kuasa yang disokong politik yang boleh saya percayai?"

Setiap kali rejim bermusuhan dengan para pelombong Bitcoin, mereka mewujudkan insentif untuk rejim lain bagi menampung mereka. Apabila anda mengharamkan Bitcoin, anda menolak semua asas cukai, inovasi dan para usahawan dengannya. Dengan pengharaman, anda mencipta keuntungan yang besar untuk pesaing anda.

Jika para pelombong Bitcoin diharamkan di sesuatu kawasan, mereka hanya akan berpindah ke bidang kuasa yang lebih mesra, dan siapa saja yang tidak mahu mereka? Jika anda adalah rejim politik yang mempunyai sumber semula jadi tetapi ekonomi anda lemah, para pelombong Bitcoin boleh masuk dan menjana ~$500 juta/tahun dalam hasil cukai.

Salah satu contoh perkara ini boleh diperhatikan apabila negara Laos mengalu-alukan para pelombong Bitcoin dari China. Mereka telah bergelut untuk memenuhi tanggungan hutang mereka di tengah-tengah penurunan kedaulatan dan kehabisan rizab asing. Laos diketahui mempunyai lebihan kuasa hidro yang besar.

Pautan: "Negara Asia Laos Meluluskan Perlombongan dan Perdagangan Bitcoin"

Para pelombong Bitcoin memberi insentif kepada ahli-ahli politik dan institusi-institusi untuk tidak menyerang mereka, sebaliknya untuk mempertahankan mereka bagi memperolehi peluang perniagaan dan pendapatan. Teori permainan ini menjadikan tekanan kepada Bitcoin oleh negara secara tidak praktikal. Pelombong akan pergi dan tidak akan kembali.

Sebaliknya, rejim politik akan memberi subsidi dan meluluskan peraturan pro-Bitcoin sama seperti yang dilakukan Laos. Bitcoin akan menggalakkan kestabilan dan meningkatkan prospek kewangan negara. Setiap bidang kuasa akan dipaksa untuk memperbaiki diri untuk menarik pekerjaan dan hasil cukai yang berkaitan dengan perlombongan.

Sama seperti industri tenaga dan industri teknologi, Bitcoin turut mengikut serta rejim politik di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan. Dan begitu juga, Bitcoin mempunyai sekumpulan ahli politik yang bermotivasi untuk membantunya berjaya.

Lapisan 4: Lapisan Kewangan

"Para pelombong Bitcoin sedang menarik rangkaian para pelabur fiat." - Michael Saylor

iaitu: Fidelity membeli 7.4% daripada MARA (Marathon Digital Holdings) baru-baru ini. Sebuah syarikat tradisional yang boleh dipercayai dan utama kini dilaburkan dalam syarikat perlombongan Bitcoin. Fidelity kini mempunyai wang untuk kehilangan jika Bitcoin gagal. Mereka mempunyai kepentingan tertentu dalam melindungi pelaburan mereka.

iaitu: Morgan Stanley baru-baru ini telah melabur dalam syarikat perlombongan Bitcoin, Cipher Mining. Bank ke-8 terbesar di Amerika Utara kini mempunyai kuasa dalam permainan apabila ia berkaitan dengan perlombongan Bitcoin.

Memandangkan Bitcoin merekrut para pelabur tradisional, ia juga merekrut rangkaian perundangan, pemasaran, politik & keupayaan melobi mereka. Dengan mengambil modal dan sokongan mereka, Bitcoin juga mendapat manfaat daripada hubungan mesra mereka dengan pengawalselia, pengaruh media dan ahli politik.

Lapisan 5: Pilihan Lapisan Rangkaian

Syarikat-syarikat perlombongan Bitcoin semuanya adalah sebahagian daripada satu rangkaian kolektif yang berkongsi objektif yang sama: mengekalkan dan memperkukuh keselamatan Bitcoin.

Syarikat-syarikat perlombongan Bitcoin telah melaburkan modal insan, modal kewangan, modal tenaga, modal teknikal dan masa. Mereka tidak mahu kehilangan itu. Mereka melabur untuk melindunginya." - Michael Saylor

Pusat perlombongan Bitcoin mengambil banyak masa dan pelaburan. Mengumpul modal, mereka kejuruteraan, dan mendapatkan sokongan politik untuk mengerahkan mereka. Hari ini, para pelombong Bitcoin mempunyai syarikat swasta dan awam mereka sendiri. Mereka mempunyai lebih banyak kuasa dalam permainan yang boleh dikatakan daripada orang lain di dalam Bitcoin.

Para pelombong adalah barisan pertama pertahanan Bitcoin. Mereka menjalankan motor yang memastikan rangkaian yang berdaulat bergerak. Mereka bagaikan benteng pertahanan dan akan menjadi antara sasaran pertama daripada apa-apa serangan. Oleh itu, mereka merupakan orang pertama yang mengetahui sebarang ancaman kepada rangkaian.

Untuk melindungi kepentingan mereka, para pelombong akan menyumbang kepada kempen politik, mengupah peguam, mengupah pelobi, mengupah pemasar, mengupah pembiaya, dan bercakap dengan semua kawasan pilihanraya untuk memastikan semua orang gembira. Para pelombong ialah rangkaian usahawan di mana semua mendapat manfaat dengan melindungi rangkaian Bitcoin.

Lapisan 6: Lapisan Spatial

Jika rangkaian diagihkan/diedarkan/disebarkan secara spatial (meluas), maka penyerang tidak akan tahu di mana hendak mula menyerangnya. Tiada peluang untuk memberhentikannya.

"Rangkaian perlombongan bukti kerja memaksa kita untuk sebarkannya seluruh dunia kerana kita tidak akan dapat mencari 110TWj tenaga di dalam satu bangunan." - Michael Saylor

Semasa para pelombong mencari sumber, terdapat persaingan dalam sistem terbuka yang secara semula jadi meresap masuk dan didesentralisasikan. Ini menyebabkan para pelombong tersebar di seluruh dunia mencari sumber tenaga termurah yang belum diterokai. Nic Carter menerangkan perkara ini dengan baik di dalam tweet beliau

Malah, dengan Bukti Kerja, ia secara semula jadi mewujudkan insentif untuk mengagihkan beban keselamatan. Ini menjadikan Bitcoin kebal daripada serangan siber, politik, fizikal dan protokol. Adalah lebih sukar untuk menyerang integriti rangkaian kerana ia menjadi teragih secara meluas.

Selain daripada kadar cincangan yang diagihkan secara geografi, ia juga tersebar merentasi banyak bidang kuasa politik. 51% daripada kadar cincangan kini berada di lebih daripada 100 tempat yang merentasi lebih daripada 100 sempadan dengan pemimpin, agama, budaya dan institusi yang berbeza.

Bandingkan ini dengan dolar di mana keseluruhan beban keselamatan dipusatkan dalam satu bank di satu tempat. Anda mahu keselamatan datang dari tempat di mana musuh anda tidak dapat mencapainya, dan secara idealnya, ia cukup terdesentralisasi sama sekali, sukar untuk membezakan dari mana datangnya.

Lapisan 7: Jam Penggera Lapisan Sementara

Serangan sebanyak 51% ke atas Bitcoin tidak syak lagi akan menjadi usaha bertahun-tahun. Pada masa yang sama, seorang pelaku jahat mengejar sasaran yang bergerak kerana kadar cincangan hanya akan terus meningkat setiap tahun.

"Serangan perlu datang dari semasa ke semasa kerana ia mengambil masa 12-24 bulan untuk bina pusat perlombongan bertaraf dunia dan mungkin mengambil masa 12 bulan lagi untuk memesan peralatan tersebut." - Michael Saylor

Persoalannya sekarang...bagaimana seseorang menipu para pelabur daripada berbilion dolar, membeli peralatan bernilai berbilion-bilion, menunggu 12 bulan untuk mendapatkan peralatan perlombongan, mendapatkan seorang jurutera bersetuju untuk membinanya, meminta ahli politik untuk membiarkan mereka membinanya (3- 5 tahun), kemudian bawa ia ke dalam talian untuk menyerang rangkaian?

Selain itu, selepas bertahun-tahun bersekongkol, anda perlu melakukan ini semua secara rahsia tanpa diketahui oleh para peserta rangkaian lain. Jika 1 orang mengetahui tentang serangan anda, maka mereka membocorkannya di dalam talian dan berjuta-juta orang mengetahui tentangnya dalam masa beberapa minit. Pelindung anda: diledakkan. Serangan anda: gagal.

Sekian. Terima kasih kerana membaca. Terima kasih khasnya kepada anda semua para pelombong di luar sana, dan kepada @Breedlove22 sebagai fasilitator kepada perbualan ini.

Anda boleh mendapatkan ceramah asal dengan mengikuti pautan ini:

Bahagian 1 - https://www.youtube.com/watch?v=RbkLz9C39y0

Bahagian 2 - https://www.youtube.com/watch?v=WvUE_Yvktwk&t=1s

.....................................................................................

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story