₿itcoin - Polos Politik

Bitcoin dilihat secara meluas sebagai "mata wang yang tidak berpolitik". Doktrin Bitcoin: sulit, bebas dan berdaulat. Kecenderungan para pengguna bitcoin kebanyakannya ke arah libertarian - mendukung kebebasan, dengan ideologi yang merangkumi seluruh skala konservatif dan liberal pada masa yang sama. Oleh kerana asas, teras dan pembentukan ini, kita mendapati ketidakpuashati terhadap kerajaan, di mana mereka tidak sepatutnya mempunyai urusan di dalam menguruskan wang kita. Etos budaya bitcoin yang wujud ini memberi kesan dalam menerajui untuk memisahkan kerajaan pusat daripada sistem kewangan.

Bercakap tentang politik

Jesper tidak suka bercakap hal-hal politik semasa lepak makan dan minum dengan kawan-kawan atau bersama-sama dengan keluarga di rumah. Semua yang berlaku dikeliling pinggang ada kaitan dengan politik: masalah dewan rakyat yang tidak memberi tanda sokongan, krisis politik di Malaysia seperti kontroversi Langkah Sheraton dan bermacam-macam lagi. Lebih-lebih lagi jika bercakap tentang dunia Bitcoin dan kripto.

Bitcoin sangat bahaya untuk dipolitikkan dan ramai yang berpendapat bahawa ia sudah pun berlaku.

Jika ada yang mengecam atau menyokong bitcoin secara terbuka, keadaan mungkin masih berliku-liku di landasan yang lurus.

Jika topik ini di bawa ke medan pertempuran perbincangan, kita menjangkakan perbalahan yang akan berlaku semasa perbahasan berlangsung. Kita tidak akan faham bitcoin sampai bila-bila selagi perkara ini tidak dipersetujui dengan sebulat suara.

Bitcoin adalah untuk semua, tidak kira apa kepercayaan kita di dalam pelbagai aspek kehidupan dan sosial.

Bitcoin Mengembalikan Kemerdekaan Yang Penuh

MERDEKA berasal daripada perkataan Sanskrit, maharddika, yang bererti kekayaan, keagungan, kesejahteraan dan kekuasaan.

Laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh Allahyarham Tunku pasti terpahat dalam kenangan kita walaupun sudah bertahun-tahun kita melihatnya di dalam rakaman.

Pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos 1957 dan memperingati penubuhan persekutuan Malaysia 16 September 1963 adalah bukan sahaja sejarah yang paling penting yang kita harus ingat demi kemerdekaan rakyat Malaysia.

Jika penubuhan Malaysia itu MERDEKA, adakah rakyatnya merdeka sepenuhnya?

Tahun demi tahun, hari demi hari, semangat kemerdekaan kita semakin hilang. Kemerdekaan daripada segi hak untuk berdaulat secara individu, berdaulat demi bangsa dan agama, bagaimana pula berdaulat demi kewangan atau kemewahan kita? Selagi matawang fiat ringgit menggenggam hidup dengan riba tanpa rasa sesal, selagi itu kita tidak akan "merdeka" sepenuhnya oleh kerana kawalan terhadap semua aspek kehidupan yang sedang kita jalankan.

Awal pagi tadi, Jesper membuat satu ciapan di Twitter. Jesper membuka ruang kepada semua untuk komen, beri pendapat atau pandangan. Semua dijemput untuk tinggalkan beberapa ciapan di ruang komen dengan mengikuti pautan di bawah: Bagaimana kita memerdekan sistem kewangan? https://twitter.com/jesperolsanajek/status/1454542954098421767?s=20

Melihat Bitcoin Sebagai Penyelesaian

Kerajaan mungkin mempertahankan "status quo" di mana institusi-institusi mempunyai monopoli terhadap percetakan wang dan syarikat-syarikat juga mempunyai sasaran mereka untuk mencipta semula wang. Tetapi terdapat beberapa faktor dari semasa ke semasa yang akan memihak kepada Bitcoin, termasuk:

  • Pertama, Bitcoin memberi kebebasan daripada ditindas oleh kewangan semasa.
  • Kedua, Bitcoin muncul sebagai pengganti semula jadi kepada emas sebagai penyimpan nilai.
  • Ketiga, Bitcoin mendapat manfaat daripada usaha warisan teknologi kewangan dan syarikat pembayaran antarabangsa seperti PayPal dan Visa yang menyediakan Bitcoin kepada ratusan juta pengguna dan berjuta-juta pedagang mereka.
  • Keempat, Bitcoin diterima oleh syarikat awam yang besar dan institusi lain sebagai alternatif yang berdaya maju kepada wang tunai dan aset lain pada kunci kira-kira (balance sheet) atau dalam portfolio mereka.
  • Kelima, komuniti Bitcoin menyanjung tinggi dan sebagai penyokong tegar dalam pengabdian mereka, yang menjadikan Bitcoin berwaja.

Memandangkan hari ini genap 13 tahun kertas putih Bitcoin (BTC) yang pertama kali diterbitkan pada 31 Oktober 2008, oleh seseorang atau entiti yang menggunakan nama samaran bernama Satoshi Nakamoto. Kertas putih itu, bertajuk Bitcoin: Sistem Tunai Elektronik Peer-ke-Peer, meramalkan keperluan untuk sistem pembayaran dalam talian peer-ke-peer yang berdaulat, selamat dan terhad dalam kuantiti.

Jesper berharap kita semua sebagai pengguna wang (money) bitcoin dan bukan matawang (currency) fiat akan menuju ke arah "kemerdekaan yang sepenuhnya".

Sekian.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story