₿itcoin: Jalan Keluar.

Pada 2 minggu yang lepas, Jesper banyak meluangkan masa untuk membaca dan belajar artikel-artikel yang berkaitan dengan Bitcoin. Sementara itu juga, Jesper membuat praktikal bagaimana bitcoin boleh digunakan dengan jumlah yang kecil melalui Rangkaian Kilat dengan membuat jemputan pemberian sebanyak 10,000 sats kepada 200 orang: 50 sats bagi setiap penerima di ruangan Twitter. Aktiviti ini mengambil masa yang agak lama untuk mencapai sasaran tetapi akhirnya tercapai jua. 50 sats mungkin jumlah yang agak kecil jika dibandingkan dengan 1 bitcoin. Jesper berharap kita ambil 50 sats atau mana-mana jumlah bitcoin yang ada bukan dilihat sebagai satu pelaburan tetapi sebagai jalan keluar. Mengapa Jesper berkata demikian?

Keluarga Bitcoin

Ada satu kisah tentang salah satu keluarga daripada Belanda, iaitu Keluarga Taihuttu: Didi Taihuttu (ayah), Romaine Taihuttu – Smits (ibu) dan 3 orang anak perempuan, Joli, Juna dan Jessa - yang melangkah ke dalam dunia Bitcoin. Mereka menjual semua aset dan membeli Bitcoin semasa harga yang didagang ketika itu lebih kurang $900 pada awal tahun 2017. Didi dan ahli keluarganya mula digelar sebagai "Keluarga Bitcoin". Tahun itu juga merupakan tahun di mana Bitcoin semakin lama semakin dikenali oleh orang ramai. Mereka menyimpan bitcoin, membahagikannya kepada beberapa bahagian dan diletakkan ke dalam simpanan rahsia di empat benua. Kini, mereka menjalani gaya hidup tanpa tekanan yang minimalis, mengembara seluruh dunia dan membuat kerja amal kepada sesiapa yang tidak tahu atau mengenali Bitcoin. Kita boleh baca tentang perkembangan mereka dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini: The Bitcoin Family

Mesti kebanyakan daripada kita berasa hairan, mengapa keluarga ini sanggup menjual harta benda dan semua aset mereka demi mendapatkan bitcoin? Apa alasan atau sebab yang harus kita ada dalam memperolehi Bitcoin?

Ramai daripada kita selalu berfikiran sedemikian: bagaimana saya boleh membuat atau mendapatkan jutaan ringgit melalui bitcoin atau altcoins? Jesper sedar yang kita hanya masuk ke dalam pasaran semata-mata untuk cepat kaya. Masalah di sini kita bukan datang dan pergi untuk mengaut keuntungan berjuta-juta atau beli kereta dan beg mewah. Tanggapan ini adalah salah.

Pintu Keluar

"Di dalam rumah pembohongan, Bitcoin adalah pintu keluar"

Baru-baru ini kita digembar-gemburkan dengan berita pasal inflasi. Selepas ciapan Jack Dorsey pada 23 Oktober 2021, ramai ahli-ahli politik dan ekonomi Keynesian melontar cemuhan dan tanda tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Jack Dorsey mengenai hiperinflasi yang sedang berlaku dan mengatakan ia akan mengubah segala-segalanya. Walaupun ini satu gerak isyarat yang boleh mewujudkan suasana FUD (Fear, Uncertainty, Doubt) - takut, ketidaktentuan atau ragu-ragu, para pengguna dan pemegang Bitcoin sudah lama tahu dan lali dengan gerak isyarat tersebut. Terutamanya kepada para maximalis Bitcoin yang sangat berpendirian tinggi kepada Bitcoin sebagai jalan keluar daripada inflasi. Mereka memahami situasi ini dalam usaha untuk menangani rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap penyelewengan mata wang.

Ramai lagi di antara kita, terutamanya masyarakat Malaysia yang belum mengetahui, atau sudah tahu apa itu Bitcoin dan mata wang kripto yang lain (altcoins), cuma tidak tahu bagaimana untuk mula untuk masuk. Kerajaan kita tidak menekankan 100% tentang Bitcoin oleh kerana kemampuan ia untuk menjejas atau menggangu sistem kewangan tradisional yang sedia ada. Mereka tahu Rangkaian Bitcoin tidak berpusat atau tidak dikawal selia oleh seseorang/entiti. Ianya sejenis infrastruktur rangkaian teragih seluruh dunia yang dikawal selia oleh nod penuh pada masa yang sama dan semua transaksi boleh disemak di dalam rantaian blok secara terbuka dengan kelebihan, melindungi identiti para pengguna Bitcoin. Tidak ada kewangan yang lain yang dapat menandingi Bitcoin mahupun pelbagai jenis mata wang kripto lain yang datang atau muncul selepas beberapa tahun ia dilancarkan. Bitcoin adalah awal dan terakhir, tidak ada yang lain selain daripadanya.

Bagaimana untuk mula?

Ada banyak cara untuk membeli Bitcoin tetapi Jesper guna cara yang paling mudah dan senang faham untuk kita mula dengan menggunakan aplikasi/dompet Luno (penjagaan - custodial) yang disahkan di Malaysia. Guna pautan ini: https://www.luno.com/invite/KPPES3 untuk mula daftar. Pendaftaran akan melalui proses KYC - Know Your Customer/Client. Deposit serendah MYR 10 ke dalam dompet Luno dan gunakan deposit tersebut untuk membeli Bitcoin yang pertama.

Walaupun jumlah Bitcoin agak sedikit jika dibandingkan dengan 1 BTC, yang paling penting adalah simpan seberapa banyak satoshi/sat (denominasi yang paling kecil) yang boleh. Selepas itu, pindahkan bitcoin ke dompet penjagaan kendiri (self-custodial wallet) / bukan penjagaan (non-custodial wallet) seperti di bawah:

Muun

BlueWallet

SimpleBitcoinWallet (SBW)

Mengapa perlu guna dompet penjagaan kendiri atau bukan penjagaan? Kita akan belajar ini di dalam penulisan yang seterusnya.

Pada masa yang sama, jika ada apa-apa soalan, boleh ikuti pautan ini: https://twitter.com/jesperolsanajek dan hantar mesej.

Sekian.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story