Penjelasan "Proof-of-Work" (₿ukti-Kerja?)

Baru-baru ini, Jesper terima banyak penjelasan tentang Proof-of-Work daripada rakan-rakan Twitter. Oleh kerana Jesper nekad hendak mencari perkataan yang sesuai bagi Proof-of-Work dalam bahasa Melayu, Jesper membuat pilihan untuk menggunakan "Bukti-Kerja". Jesper tidak pasti jika Dewan Bahasa dan Pustaka boleh memberi persetujuan untuk meletakkan "Bukti-Kerja" sebagai perkataan rasmi bagi sesiapa yang menggunakan istilah teknikal tersebut di dalam dunia Bitcoin terutamanya rakyat Malaysia atau kepada yang memahami bahasa Melayu yang ingin memahami Bitcoin secara spesifik. (oh ya, kalau pengunaan "Bukti-Kerja" adalah tidak sesuai, jangan lupa DM di Twitter. Jesper perlukan kritikan yang membina.)

Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita bercakap pasal "Bukti-Kerja". Apakah itu "Bukti-Kerja" Bitcoin yang sering diperkatakan?

Proof-of-Work (PoW) atau Bukti-Kerja adalah algoritma konsensus yang memerlukan para peserta - pelombong Bitcoin - untuk membuka "mangga penyelesaian matematik" dengan menggunakan tenaga dan kekuatan komputasi. Ganjaran bitcoin akan diberikan kepada para pelombong jika mereka berjaya mengira nombor siri heksadesimal, 64 karakter (hash - cincangan) yang mengenalpasti sejarah transaksi yang lalu, transaksi yang baru dan juga ID mereka sendiri. Inilah kunci kepada penyelesaian matematik yang rumit tersebut.

Para pelombong berusaha untuk mendapatkan ganjaran ini dengan menyelesaikan dan membuat kiraan matematik sehingga berjaya. Para pemenang akan menghantar penyelesaian mereka dan juga senarai transaksi yang disertakan ke dalam rantaian blok. Ini menjaminkan transaksi tersebut di mana ia boleh diakses secara terbuka dan selama-lamanya. Kira-kira setiap sepuluh minit, proses ini berulang untuk membantu desentralisasi, keselamatan dan pengesahan semua transaksi di rantaian blok sambil memberi ganjaran kepada para pelombong atas bukti kerjanya.

Jesper cuba pakai analogi yang mungkin dapat membantu kita semua untuk memahami apa yang dikatakan tadi:

Melombong Berlian (analogi)

Berlian, seperti bitcoin, jarang berlaku. Ia tidak boleh dipalsukan, sukar dicari dan semua orang menginginkannya. Anggaplah berlian yang dibuat di makmal tidak wujud. Kita fokus kepada berlian yang dicari gali.

Situasi di mana ada seorang pelanggan menginginkan berlian sekurang-kurangnya dengan ukuran saiz yang tertentu. Sekiranya kita menemui berlian yang sesuai dengan apa yang pelanggan inginkan, maka kita akan dibayar dengan setimpal. Semakin besar saiz berlian, semakin sukar untuk dicari. Oleh kerana berlian sangat jarang ditemui, kita perlu meluangkan masa yang sangat lama untuk menggali, mengumpul semua batu-batu dan berusaha untuk memecahkan setiap batu-batu yang digali. Ada batu yang kita buang dan ada yang kita jumpa. Maka, kita dapat membuat cincin berlian.

Kadang-kadang, kita bernasib baik menjumpai saiz berlian yang memenuhi keperluan dan ukuran. Pada masa yang lain, walaupun kita menjumpai beberapa berlian yang bersaiz kecil, ia tidak menjadi masalah kepada pelanggan tersebut jika tiada berlian yang mempunyai saiz yang betul. Hasil untuk mendapatkan berlian kebanyakannya berdasarkan tuah atau nasib. Semakin susah kerja yang kita lakukan, semakin untung yang kita dapat.

Kolam Perlombongan

Beberapa pelombong mungkin menyedari bahawa semua kerja melombong boleh dilakukan secara efektif dengan membentuk satu kumpulan. Jika seseorang di dalam kolaborasi tersebut menemukan berlian yang cukup besar untuk si pelanggan, maka seluruh kumpulan akan dibayar mengikut berapa banyak kerja yang dilakukan oleh para pelombong. Mereka mengukur kerja yang telah dilakukan dengan menimbang berlian-berlian yang kecil yang mereka jumpa dibandingkan dengan jumlah keseluruhan.

Dalam Bitcoin, para pelombong berkumpul untuk membentuk kumpulan perlombongan dengan cara yang serupa. Ganjaran Bitcoin diedarkan di dalam kumpulan perlombongan bergantung pada berapa banyak kerja yang dilakukan oleh para pelombong. Bitcoin juga boleh bertindak dengan cara yang sama. Para pelombong bekerjasama membentuk satu kumpulan perlombongan. Ganjaran bitcoin diedarkan di dalam kumpulan perlombongan bergantung kepada berapa banyak kerja yang telah dilakukan oleh para pelombong.

Penyelaras Kesukaran

Oleh kerana semakin ramai orang menyedari bahawa ada banyak wang ganjaran yang harus dicari untuk mencari gali berlian, jumlah keseluruhan peserta meningkat. Secara tidak langsung, ini meningkatkan kemungkinan seseorang itu menemukan berlian dengan ukuran saiz yang tepat dan cepat.

Katakanlah setiap dua minggu, si pelanggan mencatatkan berapa lama masa yang diperlukan untuk mencari berlian dengan ukuran tertentu. Sekiranya terdapat lebih banyak orang yang bekerja dan rata-rata memerlukan sedikit masa untuk mencari berlian tersebut, maka keperluan ukuran saiz berlian itu akan bertambah menjadi besar untuk dua minggu yang akan datang. Oleh kerana berlian yang lebih besar lebih jarang dijumpai, ia menjadi lebih sukar bagi seseorang untuk mencari berlian jika keperluan ukurannya semakin besar atau sebaliknya.

Penyelaras kesukaran: semakin banyak tenaga perlombongan = kesukaran semakin tinggi. Objektif/Target: Purata masa adalah 10 minit setiap blok.

Protokol Bitcoin mempunyai penyelaras kesukaran yang terbina di dalamnya. Setiap 2016 blok (kira-kira 2 minggu) kesukaran untuk melombong bitcoin akan diselaraskan kerana lebih banyak pelombong yang datang ke dalam talian atau keluar dari talian. Sekiranya terdapat lebih banyak kekuatan komputasi yang berfungsi untuk menyelesaikan cincangan (hash), maka ia akan menjadi lebih sukar untuk mencari penyelesaian yang berjaya. Sekiranya segelintir para pelombong keluar dari talian (seperti apa yang berlaku selepas China mengharamkan aktiviti pelombongan Bitcoin), maka aktiviti perlombongan menjadi lebih mudah bagi para pelombong yang masih di dalam talian untuk melombong bitcoin.

Tujuannya adalah untuk mencari keseimbangan dan mengeluarkan bitcoin yang baru pada kadar yang tetap - purata masa sepuluh minit setiap blok baru. Kita boleh mengesan bagaimana penyelaras kesukaran berlaku di sini: https://btc.com/stats/diff

Selepas ini, kita akan melihat lebih banyak lagi bagaimana perlombongan bitcoin dan bagaimana rangkaian mengedarkan bitcoin baru dari semasa ke semasa.

Sekian.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story