Cetak Wang Kaw-Kaw - BRRR!!

You all ada tengok tak website ni, https://brrr.money/ 😂😂😂? KLIK SINI. Operasi Live-stream pencairan Federal Reserve #brrr. Kalau bosan tu, klik lah website tadi, tengok lah sampai Abg Jamil mam*** berapa banyak wang yang nak dicetak tak habis-habis.

Anyway, bercakap pasal wang ni bukan my forte. Kita buat rumusan secara formal, mudah dan ringkas untuk faham apa itu wang.

Wang adalah sesuatu yang diterima secara meluas untuk membeli barang dan perkhidmatan atau membayar hutang dan cukai. Kita mungkin fikir bahawa ini terhad kepada bil kertas dan duit syiling yang dicetak, tetapi kenyataannya adalah apa sahaja yang boleh menjadi wang, selagi memenuhi kriteria asas penggunaan ini: sebagai salah satu unit akaun, alat pertukaran, dan simpanan nilai.

Kalau dengar cerita daripada orang-orang tua kita, barang-barang yang pernah melalui sistem barter dan diperdagangkan oleh nenek moyang kita dahulu dianggap sebagai bentuk wang bagi mereka. Ini termasuk segala-galanya daripada cengkerang dan binatang hingga perak dan emas. Pada zaman moden sekarang, apa-apa sahaja boleh jadi wang. Kita nampak bayangan ni di merata tempat, seperti di penjara, rokok dan ramen segera adalah unit akaun yang terkenal. Maggi, seriouslah?

Dari abad ke-14 hingga abad ke-20, cengkerang cowrie digunakan sebagai mata wang untuk pertukaran dan perdagangan di seluruh Afrika dan Asia. Tahan lama (durable), boleh dibahagi (divisible), dapat dikenalpasti (identifiable), dan sukar didapati/perolehi (scarce), merupakan mata wang semula jadi era pra-syiling yang sempurna. Barang-barang lain seperti manik-manik kaca, batu, dan garam juga digunakan dalam pelbagai budaya yang berbeza. Bayangkan kita berjalan di persisir pantai, kita perasan ada banyak kerang bertempiaran di atas pasir. Semua tu kemungkinan pernah menjadi wang ringgit zaman tok nenek moyang kita dulu. Mata wang kuno tu dah tak berharga buat pada masa sekarang kerana akhirnya menjadi mangsa pembunuh nilai: hiperinflasi.

Wang Keras - Sukar dihasilkan
Wang Mudah - Senang dihasilkan

Mari Belajar Batu Rai - Pulau Yap

Di salah satu kawasan Lautan Pasifik di kepulauan Mikronesia, iaitu Pulau Yap, orang Yapese menggunakan Batu Rai, sejenis batu besar, berat dan rupa seperti cakera - berdiameter sehingga 12 kaki - dengan lubang di tengahnya sebagai mata wang mereka. Ia adalah salah satu sistem wang kuno yang paling menarik kerana jarang dan sukar didapati dari pulau-pulau jiran. Untuk menghantar batu Rai ke Pulau Yap melalui rakit dan sampan, seringkali memerlukan beratus-ratus orang, yang bermaksud hampir mustahil bagi sesiapa sahaja untuk menaikkan bekalan dengan cepat (inflate the supply).

Selama berabad-abad, batu Rai telah digunakan sebagai wang yang kukuh. Ia ditempatkan di lokasi pusat di mana setiap orang memiliki akses. Batu Rai hanya ditukar sebagai pengakuan pemilikan/pengiktirafan pemilik (recognition of ownership) dan bukan kepemilikan (possession) kerana tidak mungkin boleh dibawa ke mana-mana.

Pada tahun 1871 kapal O'Keefe karam dekat Yap dan dibantu oleh penduduk asli. David Dean O'Keefe adalah seorang saudagar Amerika dari Savannah, Georgia yang terkenal dengan perjanjian perdagangannya yang unik dengan penduduk Yap, sebuah pulau di Mikronesia. Oleh kerana dia melihat peluang perniagaan yang besar dalam menghasilkan minyak kelapa yang diperolehi daripada kelapa yang terdapat di pulau itu, dia menyedari bahawa orang Yapese tidak berminat dengan wang asing, jadi dia berlayar ke pulau Palau yang berdekatan di mana dia menggunakan alat dan bahan letupan moden untuk mendapatkan beberapa batu Rai besar untuk dibawa kembali ke Yap. Dia membantu orang Yapese untuk mendapatkan batu Rai, cakera batu besar yang digunakan sebagai mata wang.

Walau bagaimanapun, nilai batu Rai dihitung berdasarkan rumus ukuran, sejarah, kualiti dan jumlah nyawa yang hilang akibat usaha mendapatkan batu-batu tersebut. Pendek cerita, ia mempunyai nilai kerana sukar diperolehi; Batu-batu Rai O'Keefe yang diperolehi dengan mudah, lalai dengan tradisi, sehingga banyak penduduk desa tidak berminat untuk menerima batu-batu itu sebagai sah. Maka terjadilah sisa kuno mata wang palsu. Nak ke? 🙄

Sayangnya, orang Yapese yang lain tidak memahami konsep sukar diperolehi (scarcity) dan wang yang kukuh (sound money), jadi mereka dengan senang hati menerima batu-batu palsu ini, yang akhirnya menyebabkan kejatuhan Rai sebagai mata wang yang kukuh.

Hiperinflasi Moden

Kita ambil contoh moden percetakan wang yang terlalu tinggi di negara-negara seperti Venezuela dan Zimbabwe, kita melihat kisah hiperinflasi moden yang serupa. Sekiranya kita belajar daripada sejarah, kita mesti menyedari penyelesaian yang dapat dilaksanakan terhadap kelemahan yang menjadi mangsa mata wang sebelumnya. Tetapi, daripada kita terlalu bimbang akan perkara-perkara yang tidak dapat kita ubah dalam fiat, kita masih dapat mencari jalan keluar.

Sebelum ini, kita hanya dapat mengimpikan dan tanya diri sendiri perkara-perkara mustahil, boleh tak kita keluar daripada keadaan hiperinflasi yang akan datang? Kini, kita mempunyai Bitcoin.

Bitcoin adalah bentuk wang baru yang dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan kekurangan dan penurunan nilai mata wang. Nanti, Jesper akan membincangkan had bekalan tetap bitcoin dan alasan mengapa bitcoin tidak akan pernah kehilangan daya beli.

Sekian.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story