"Nak ₿ahagi Sama Rata" - Halving ₿

Minggu lepas, Jesper menulis tentang Bukti-Kerja, kolam perlombongan bitcoin dan penyelaras kesukaran yang mempengaruhi kecekapan dan kualiti pengiraan cincangan sehingga berjaya dan mengesahkan transaksi untuk mendapatkan bitcoin yang baru. Hari ini Jesper nak menulis pasal Halving atau pembahagian, salah satu topik yang ada hubungkait dengan perlombongan bitcoin. Sekali lagi, Jesper nak ingatkan bahawa, apabila Jesper guna perkataan yang tidak seiring dengan perkataan teknikal, kalian dijemput DM Jesper di Twitter untuk beri kritikan yang membina. Come one, come all.

Sebelum kita bercakap tentang pembahagian, pernah tak terfikir bagaimana rupa tapak perlombongan Bitcoin? Contoh perbezaan tapak perlombongan emas dan Bitcoin:

Tapak perlombongan emas Olimpiada, di Rusia. (kredit: Polyus)
Perlombongan Bitcoin berskala kecil (di reban, kandang atau di dalam rumah) di kawasan beriklim sejuk. Gambar di atas: melombong bitcoin di dalam reban ayam yang menggunakan mesin melombong bitcoin berskala kecil. Ia melepaskan haba panas dan memberi kebaikan kepada ayam-ayam agar tidak kesejukan. Secara tidak langsung, mempercepat proses penetasan dan produktiviti para penternak.
Para pekerja di tapak perlombongan bitcoin yang berskala besar, Genesis Mining, di Keflavik, Iceland, sedang memeriksa kiraan dan masa perlombongan bitcoin berdekatan dengan pelantar komputer.

Perlombongan Bitcoin adalah tidak seperti perlombongan yang lain. Sangat mudah untuk dipasang. Ia berjalan setiap hari, 24jam/7hari. Ia juga tidak melanggar undang-undang hak asasi manusia atau buruh.

Cara ia berfungsi adalah dengan menggunakan perkakas litar bersepadu khusus-aplikasi (akronim di dalam bahasa Inggeris iaitu ASIC = application-specific integrated circuits). Tempat untuk melombong bitcoin haruslah sesuai dengan keadaan di mana elektriknya murah. Perlombongan bitcoin memerlukan kuasa komputasi yang banyak. Kita perlu membuat rancangan yang terbaik agar kita dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Jesper ada menyatakan di dalam penulisan yang lepas, para pelombong dapat bekerjasama dan membentuk kumpulan untuk mengagihkan keuntungan dan meningkatkan peluang mereka untuk memenangi blok yang baru.

Setiap blok Bitcoin baru yang dilombong, beberapa kumpulan transaksi akan direkodkan dan disahkan ke rantaian blok. Selepas mengesahkan transaksi dan berjaya mengira cincangan komputasi, para pelombong akan diberikan ganjaran bitcoin yang baru dicetak. Walau bagaimanapun, ganjaran blok ini tidak akan kekal selamanya, kerana bekalan bitcoin dibatasi.

Pembahagian: Kitaran Empat Tahun

Dengan penciptaan blok dan set Bitcoin yang pertama, yang dipanggil sebagai Genesis Block atau Blok Permulaan/Kejadian - sebanyak 50 BTC yang telah dilombong.

Untuk setiap 210,000 blok - kira-kira setiap empat tahun sekali - jumlah bitcoin baru yang dilombong untuk setiap blok akan dibahagi menjadi separuh. Pada tahun ini, 2021, hanya 6.25 bitcoin baru yang dilombong untuk setiap blok. Beberapa tahun yang akan datang pada 2024, ganjaran blok akan dibahagi menjadi 3.125 bitcoin.

Jadual pembahagian Bitcoin dibawah:

Kiraan detik pembahagian bitcoin boleh dilihat di sini: https://coinmarketcap.com/halving/bitcoin/ (Bitcoin Halving Countdown)

Apabila bekalan bitcoin yang baru diperkenalkan, ia akan dibahagi menjadi separuh, maka kadar inflasi juga akan dibahagi menjadi separuh secara efektif. Ini membawa kita semula kepada konsep asas "Bekalan dan Permintaan" (Supply and Demand).

Lama-kelamaan, apabila semua orang diperkenalkan dengan rangkaian Bitcoin dan mula menyertai, permintaan akan naik. Pada masa yang sama, pertumbuhan bekalan menyusut kerana pembahagian. Akibatnya, harga bitcoin menjadi lebih tinggi dalam setiap kitaran empat tahun.

Sebab lain mengapa para pelombong menerima sedikit ganjaran bitcoin yang disebabkan kitaran pembahagian kerana dengan harapan untuk meluaskan rangkaian. Lebih banyak pengguna yang masuk ke dalam rangkaian Bitcoin, lebih banyak transaksi berlaku. Setiap blok boleh menampung banyak transaksi, maka para pengguna pada dasarnya perlu bid atau membida/menawar secara langsung agar transaksi mereka disahkan.

Bagi para pelombong, ini bermakna mereka menerima bayaran yang tinggi daripada pengguna sebagai insentif untuk memasukkan transaksi mereka ke dalam blok yang seterusnya.

Bagi para pengguna pula, ini bermakna yuran menjadi semakin tinggi atau masa transaksi yang lebih perlahan.

Isu ini diketengahkan dan banyak perkembangan yang baru masih berada di peringkat awal. Akan tetapi, terdapat banyak penyelesaian yang berdaya maju seperti Rangkaian Kilat ⚡️(Lightning Network). Selepas ini, kita akan terus belajar mengenai Bitcoin, bagaimana untuk menyelesaikan transaksi yang berskala dan mengembangkan rangkaiannya.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story