Atasi Sistem Yang Tenat Dengan Bitcoin

Kita memasuki abad ke-21 dengan sistem kewangan yang tenat yang tidak sesuai untuk dunia digital yang kita diami pada hari ini.

Kita sering fokus bagaimana Bitcoin boleh memberi impak kepada dunia atau bagaimana Bitcoin berfungsi, tetapi, adalah penting jika kita berundur sebentar dan cuba untuk memahami mengapa kita perlukan Bitcoin.

Perkara pertama dalam memahami Bitcoin adalah memahami semua masalah yang ia  cuba selesaikan dengan keadaan sistem kewangan yang kita ada sekarang.

Sementara Internet membolehkan maklumat bergerak secara percuma, Bitcoin membolehkan nilai bergerak secara percuma ke serata dunia tanpa ada pengantara kewangan atau penjaga pintu.

Andreas Antonopoulos menerangkan mengapa Bitcoin sangat penting dan semua masalah ia selesaikan di dalam siniar (podcast) dengan Peter McCormack pada 3 Januari 2020.

Sudah terlalu lama industri kewangan telah cuba untuk mengelakkan kesan gangguan teknologi. Bitcoin boleh mengubah dan membaik pulih.

Bitcoin mewakili satu lonjakan yang besar ke hadapan dalam teknologi kewangan yang akan memacu umat manusia ke masa hadapan. Masa hadapan itu adalah sekarang.

Share this story