Tebus Ganjaran - Permainan Yang Menyokong Dompet Kilat ZEBEDEE!

Pernah tak terfikir macam mana lagi nak kumpulkan sats/satoshi (Bitcoin) selain daripada tukar wang fiat melalui aplikasi pertukaran atau dapatkannya melalui membuat sesuatu tugasan dan terima ganjaran yang sering kita lihat di dalam media sosial Twitter?

Sebenarnya ada banyak lagi cara. Salah satunya dengan permainan yang menggunakan dompet Kilat Bitcoin - ZEBEDEE. Sebelum mula untuk terima ganjaran atau pembayaran melalui permainan, muat turun dompet Kilat ZEBEDEE, daftar dan cipta nama pengguna (username) untuk ZBD Gamertag. Memandangkan ZEBEDEE menggunakan KYC (know-your-customer) untuk melengkapkan pendaftaran, ianya bertujuan untuk membuka saiz kepada had dompet (wallet limits) supaya dapat terima lebih banyak lagi transaksi sehingga 2 juta sats (2,000,000).

Walaupun aplikasi ZEBEDEE adalah separa penjagaan (custodial) dan penjagaan kendiri (self-custodial), ia tidak mempunyai apa-apa pertukaran matawang di dalamnya. Apa-apa pun, jika keadaan ini agak sulit bagi sesiapa yang menggunakan dompet ZEBEDEE, kita boleh pindahkan sats ke dalam dompet penjagaan kendiri seperti MUUN atau BlueWallet. Setakat ini, Jesper tidak ada apa-apa masalah menggunakannya. Sangat mudah digunakan.

Seperti yang Jesper katakan tadi, ZEBEDEE mempunyai ZBD Gamertag. ZBD Gamertag ini menggunakan nama pengguna sebagai alamat kilat. Rupanya seperti alamat e-mel dan juga berfungsi seperti alamat Bitcoin untuk menerima atau menebus apa-apa pembayaran. Contoh: [email protected]

Selain daripada itu, ZBD Gamertag juga boleh dijadikan sebagai pautan kepada laman profil anda. Contoh: zbd.gg/joa333

Nak guna sebagai alamat kilat atau pautan ke laman profil, kedua-duanya pun boleh. Dua dalam satu!

ZEBEDEE adalah alat pengewangan yang sesuai bagi pemain pentstriman langsung. Para penonton yang terlibat di dalam permainan penstriman langsung dan memberi ganjaran kepada para pemain. Siapa yang tak nak terima bayaran dalam bentuk Bitcoin (sats)? Tak mungkin ada yang tolak.

Jenis-jenis permainan yang mengokong ZEBEDEE sebagai mod menebus ganjaran/pembayaran.

Setiap hari banyak permainan sekarang menggunakan dan menerima Bitcoin sebagai ganjaran kepada si pemain.

1. Jika minat permainan biasa melalui telefon mudah alih, cari Sarutobi (Android & iOS).

2. Ala-ala seperti permainan Mario Kart dengan Bitcoin, cuba Bitcoin Rally - https://zebedee.itch.io/bitcoin-rally (Para pengguna WINDOWS dan macOS)

3. Lightning Crush - MINTGOX - dicipta oleh Koji Higashi, inspirasi permainan Candy Crush yang mengajar tentang Bitcoin sambil mendapat ganjaran. Buat pada masa ini mungkin ganjaran masih ditutup, tapi boleh cuba. Android sahaja.

4. Rindu nak main Counter Strike? Kalau serius dalam permainan, boleh cuba main CS:GO - Zebedee Infuse. https://zebedee.io/infuse/ (Windows, macOS dan Linux)

5. Wheel of Trivia - Viker (https://viker.co.uk/games/wheel-of-trivia/) (Android & iOS)

6. Wheel of Crypto - Earn Bitcoin - Viker (https://viker.co.uk/games/wheel-of-crypto/). (Android & iOS)

7. Balls King - Earn Real Bitcoin - Viker (https://viker.co.uk/games/balls-king/). (Android & iOS)

Main semua permainan ini dan cuba dapatkan sats (Bitcoin). Guna ZEBEDEE Gamertag untuk menebus ganjaran.

Apa lagi? - Jadi Duta ZEBEDEE (ZEBEDEE Ambassador)

Program Duta ZEBEDEE (ZEBEDEE Ambassador Program). Anda boleh menjadi sebahagian daripada komuniti teras ZEBEDEE, membantu mereka untuk menyebarkan maklumat dan produk-produk berkaitan dengan ZEBEDEE. Sambil itu juga, terima ganjaran!

Ada beberapa jenis tugasan yang boleh kita lakukan sebagai Duta ZEBEDEE dan terima tip-tip daripada mereka:

  • membuat video mengajar bagaimana untuk menggunakan aplikasi ZEBEDEE.
  • merakam klip video pendek bagaimana pembayaran melalui ZEBEDEE dilakukan kepada seseorang dan membuat ciapan di laman Twitter.
  • merakam klip video bagaimana menggunakan "tip bot" Discord dan Telegram dan boleh di muat naik ke Twitter, Youtube, TikTok dan banyak lagi.

Semua maklumat boleh kita dapat melalui blog yang telah disediakan. Ikut pautan dibawah:

https://blog.zebedee.io/ambassadorprogram/

Harap semua maklumat dan idea yang Jesper kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua. Semoga kita dapat mengambil peluang dalam menerima ganjaran dalam bentuk Bitcoin. Kapasiti Bitcoin sangat luas. Wang yang baik dan digunakan di dalam apa-apa jenis perkhidmatan menjadikan ianya satu kelebihan bagi semua, tidak kira di mana kita berada. Bitcoin adalah untuk semua.

Sekian.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story