Hiperbitcoinisasi & Hiperinflasi

Pengewangan matawang Bitcoin teraruh (Bitcoin-induced demonetization) - atau dikenali sebagai hiperbitcoinisasi. Dalam erti kata yang lain, menjadikan Bitcoin sebagai wang global yang sah, mutlak, adil dan saksama dalam pelbagai aspek ekonomi. Jika proses hiperbitcoinisasi mendominasi/menguasai ekonomi dunia, matawang fiat akan susut nilai apabila Bitcoin menggantikannya. Sebelum kita memahami konsep hiperbitcoinisasi, kita perlu membuat perbandingan dengan hiperinflasi.

Konsep pengewangan (demonetization) merujuk kepada proses apabila seseorang tidak lagi menggunakan barangan sebagai matawang. Hiperinflasi adalah seperti konsep pengewangan tersebut, kerajaan menambahkan (inflate) bekalan matawang dalam kadar yang sangat cepat. Hiperbitcoinisasi pula berbeza walaupun kedua-dua konsep ini agak sama.

Dua inti pati yang penting dalam membezakan hiperinflasi dan hiperbitcoinisasi:

  • Pertama, hiperinflasi matawang berlaku oleh kerana persaingan yang terhad matawang-matawang yang lain. Manakala hiperbitcoinisasi berlaku kerana ada persaingan dengan Bitcoin - disebabkan oleh kawalan modal adalah lebih efektif dengan matawang-matawang fiat yang lain berbanding Bitcoin. Maka, lebih senang untuk Bitcoin bersaing.
  • Kedua, hiperinflasi - kerajaan mengembangkan bekalan wang untuk mengatasi inflasi atas jangkaan rakyat. Konsep pengewangan berlaku oleh kerana interaksi yang boleh memusnahkan. Hiperbitcoinisasi pula tidak ada apa-apa kaitan dengan perubahan bekalan dalam mana-mana matawang.

Seperti yang kita sedia maklum, apabila sesebuah kerajaan mengamal penambahan bekalan matawang, rakyat akan terikut sama dalam kenaikan harga. Maka, untuk merancakkan lagi keadaan, kerajaan mesti menambahkan bekalan dengan lebih banyak. Semakin lama, wang akan hilang nilainya.

Hiperinflasi merupakan tindakan keusahawanan oleh kerajaan dan menjadikan ia sebagai perubahan campur tangan yang berterusan bagi mengelakkan keseimbangan daripada berlaku. Kerajaan mesti mengubah dasar kewangan dan persekitaran ekonomi secara berterusan melebihi daripada jangkaan rakyat dengan meningkatkan kadar inflasi.

Hiperbitcoinisasi ialah prosedur peralihan secara sukarela daripada matawang yang lebih rendah nilainya kepada matawang yang lebih baik. Penerimaannya merupakan tindakan keusahawanan oleh beberapa individu berbanding dengan sistem permainan yang dimonopolikan oleh seorang pemonopoli.

Penerimaan Bitcoin sedang berlaku dengan kadar yang sangat cepat dan proses hiperbitcoinisasi, satu demi satu, menyebabkan kerajaan hilang kuasa pengawalan modal ke atasnya. Hiperinflasi hanyalah usaha "tipu muslihat" untuk memperbodohkan rakyat - bekalan matawang yang kita tidak dapat lihat di dalam sistem. Hiperbitcoinisasi meletakkan tanggungjawab dan kepercayaan kepada semua individu dalam memastikan bekalan sentiasa direkodkan, disahkan dan sejarahnya disimpan di dalam sistem terbuka.

Dengan itu, produktiviti dan keseimbangan ekonomi boleh tercapai dengan hiperbitcoinisasi.

......................................

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story