Nod Penuh ₿itcoin - "Jangan Percaya, Sahkan"

Soalan yang pernah ditanyakan dan diciap di laman Twitter, "Berapa ramai yang benar-benar memahami Bitcoin?" Jawapannya adalah, kurang daripada 15,000 (anggaran di antara 12,000 ke 15,000 setakat ini pada masa penulisan). 15,000 bukan bermaksud 15,000 orang tetapi ia sebenarnya nod.

PENGEDARAN NOD BITCOIN GLOBAL: Peta di dalam gambar menunjukkan lokasi dan nod yang ada di seluruh dunia. Laman Bitnodes kini sedang dibangunkan untuk menganggarkan saiz rangkaian Bitcoin dengan mencari semua nod yang boleh dicapai dalam rangkaian.

Ada tiga jenis nod: nod melombong, nod penuh dan nod ringan. Penulisan yang lepas baru bercakap tentang nod melombong (para pelombong), iaitu memberi pengesahan kepada transaksi yang belum selesai dan melombong bitcoin yang baru. Nod penuh dan nod ringan adalah nod yang mengesahkan blok-blok baru dan transaksi yang dihantarkan oleh para pelombong.

Nod penuh Bitcoin memainkan tiga peranan yang penting: menyimpan semua salinan rantaian blok Bitcoin, mengesahkan transaksi dan menguatkuasakan peraturan-peraturan rangkaian. Nod ringan Bitcoin pula membuat perkara yang sama seperti apa nod penuh lakukan, tetapi ia tidak menyimpan semua salinan sejarah rantaian blok. Kita akan fokus kepada nod penuh sahaja.

Nod Melombong (mining): Mengesahkan blok yang baru✅
Nod Penuh (full): Mengesahkan transaksi baru✅, mempunyai dompet✅ & menyimpan salinan sejarah rantaian blok✅
Nod Ringan (light): Mengesahkan transaksi baru✅ & mempunyai dompet✅

Tujuan Nod di dalam Rangkaian

Semakin banyak nod disebarkan ke seluruh rangkaian global, semakin kuat sistem didesentralisasikan. Oleh kerana rangkaian Bitcoin mempunyai lebih banyak nod (termasuk para pelombong) berbanding matawang kripto yang lain, ia adalah yang paling selamat di dalam rantaian blok. Sementara banyak matawang kripto terdedah kepada serangan perisian (penggodam) dan rantaian blok, Bitcoin imun, sukar untuk digodam atau terdedah kepada serangan perisian - Jesper akan terangkan kenapa di dalam penulisan yang akan datang.

Peranan nod adalah komunikasi di antara nod-nod yang lain di dalam rangkaian secara menjurus, mengesahkan sejarah transaksi agar ia sejajar atau selari dengan nod yang lain. Sementara pengesahan transaksi yang baru sedang berjalan, nod-nod ini akan membuat semakan untuk melihat samada bitcoin yang ditransaksikan perbelanjaannya tidak digandakan (double-spent/double-spending) supaya tidak ada bitcoin yang palsu dicipta. Jika nod tersebut mengenalpasti/mengesan cubaan transaksi yang dibuat oleh perisian perosak/berniat jahat, maka nod ini dan juga nod-nod yang lain di dalam rangkaian akan menolak transaksi tersebut.

Transaksi-transaksi bitcoin disahkan oleh semua nod. Cara yang sama di mana khabar angin tersebar dengan cepat. Contoh, gosip-gosip yang selalu berlaku di dalam kalangan komuniti atau di mana-mana sahaja tanpa pengesahan. Tidak seperti khabar angin yang berlaku di dalam aspek sosial, semua nod penuh Bitcoin hanya akan menghantar transaksi-transaksi tersebut yang telah disahkan sendiri, mengikut peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan sejarah rantaian blok.

Oleh kerana semua nod menjalankan peraturan-peraturan perisian teras Bitcoin yang telah disenaraikan di dalam rangkaian (seperti had 21 juta), semua nod penuh membantu untuk melindungi rangkaian dengan mengesahkan transaksi dengan betul dan sahih ke dalam blok yang belum selesai, bersama-sama dengan blok yang sudah selesai disahkan oleh para pelombong. Sekiranya ada nod yang menerima transaksi yang dibuat oleh perisian perosak/berniat jahat ke dalam blok, nod-nod yang lain di dalam rangkaian akan menolak blok tersebut secara serentak.

Nod Penuh: Pengauditan Bekalan, Mengesahkan Legitimasi/Keabsahan

Bitcoin: Tidak terlalu mahal, Senang diguna dan dipasangkan, berjalan selama 24/7 tanpa pengoperasi manusia, audit bekalan bitcoin global
Emas: Mahal, memerlukan peralatan khas dan pengalaman, perlahan - pengujian manual, mengesahkan kuantiti emas yang kecil
Fiat: ❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓

Menjalankan Nod Penuh Sendiri

Tahukah anda, kita boleh menjalankan nod kita sendiri? Lagipun ianya mesra pengguna dan kita boleh menggunakan sumber terbuka pemasangan nod seperti Umbrel. Ikut panduan yang untuk mendapatkan arahan terperinci. Ianya tidak mahal, agak mudah dan membantu menyumbang kepada keselamatan rangkaian Bitcoin.

Gambar: RaspiBlitz v1.7.1 – Heatsink Case

Gambar: Raspberry Pi 4 Computer Model B

Walaupun Bitcoin cukup selamat dan banyak yang memberi dakwaan bahawa menjalankan nod tambahan tidak akan membantu meningkatkan rangkaian, ia membantu untuk mempunyai bilangan nod yang berlebihan di seluruh dunia sekiranya berlaku peristiwa Black Swan yang jarang berlaku, seperti nod yang di bawah bidang kuasa kerajaan tertentu yang mengarahkan nod ditutup serta merta.

Menjalankan nod kita sendiri juga membantu menghapuskan kepercayaan yang diperlukan agar nod-nod lain untuk kekal jujur. Dengan menjalankan transaksi melalui nod penuh kita sendiri, kita menjadi bank kita sendiri. Itu adalah salah satu ciri yang sangat menarik yang tidak mungkin berlaku dengan fiat, emas atau apa sahaja yang boleh digunakan sebagai wang.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story