₿olehkah ₿itcoin digodam?

Kisah Pertukaran Bitcoin Mt.Gox

Mt. Gox, pertukaran mata wang kripto Jepun yang dikendalikan oleh Mark Karpelès, pernah menjadi salah satu pertukaran awal yang paling menonjol untuk pengguna awal. Platform tersebut ditutup secara tiba-tiba dan tanpa amaran pada tahun 2014, dengan kira-kira 850,000 BTC milik pelanggan hilang begitu sahaja.

Kisah Projek Rangkaian Poly (Defi)

Baru-baru ini, beberapa bulan yang lepas, walaupun penggodaman kripto semakin berkurangan, pasaran menjadi saksi kepada salah satu serangan terbesar dalam sejarah yang masih awal bagi kewangan terdesentralisasi (DeFi), di mana penggodam yang tidak dikenali dapat mengeksploitasi kelemahan dalam protokol rantaian-silang/rentas (cross-chain) rangka kerja digital Rangkaian Poly, dengan itu membawa pulang $610 juta daripada tiga blok yang berasingan.

Dengan industri mata wang kripto digodam kiri dan kanan, adalah penting untuk kita berhati-hati. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk melindungi diri kita daripada penggodaman ini berlaku: keluarkan bitcoin daripada pertukaran dan jangan bermain dengan altcoin.

Penulisan yang akan datang menyentuh beberapa cara bagaimana untuk membeli, membuat transaksi dan penjagaan kendiri. Tetapi hari ini, Jesper ingin membincangkan penggodaman rangkaian mata wang kripto. Khususnya, mengapa bitcoin secara khusus "tidak boleh digodam" berbanding dengan rangkaian mata wang kripto yang lain (projek DeFi/altcoin). Walaupun secara teknikalnya mungkin rangkaian Bitcoin digodam dan dana boleh dicuri terus daripada rantaian blok, ia tidak akan berlaku dengan bitcoin (walaupun, ia boleh dan memang berlaku kepada crypto lain).

Inilah sebabnya:

Serangan 51%

Sebab mengapa rangkaian Bitcoin sangat terdesentralisasi adalah kerana jumlah peserta yang ada di dalamnya. Dengan setiap pelombong dan nod tambahan yang datang ke dalam talian, keselamatan keseluruhan rangkaian diperkukuhkan dan menjadi semakin sukar bagi sesetengah entiti atau kumpulan berniat jahat untuk mencuba dan mengambil alih rangkaian.

Tetapi jika rangkaian blockchain tidak kuat, maka ia terdedah kepada sesuatu yang dipanggil serangan 51%, di mana jika pelombong dapat menguasai lebih daripada 50% rangkaian, mereka boleh mengambil alih dan "menggandakan perbelanjaan (double spend)" kripto mereka dengan berkesan. Sama juga seperti bil palsu, penggodam akan dapat menggunakan "salinan palsu" mata wang kripto yang sedia ada, sekaligus meningkatkan bekalan dan menurunkan nilai mata wang.

Serangan 51% terhadap protokol Bukti-Kerja seperti bitcoin dapat berlaku dengan jayanya kerana rangkaian akan sentiasa lalai (default) kepada rantaian terpanjang dengan kuasa perlombongan tertinggi sebagai rantaian kebenaran.

Tetapi akhirnya, ini tidak akan berlaku pada rangkaian Bitcoin kerana algoritma Bukti-Kerja Bitcoin memerlukan kuasa yang banyak untuk serangan 51% berlaku (membandingkan sebanyak kuasa yang digunakan oleh negara kecil bersama-sama dengan lebih daripada $23 bilion perkakasan sahaja); adalah tidak masuk akal bagi seseorang penggodam untuk membelanjakan wang sebanyak ini dalam usaha untuk membuat wang yang berisiko.

Selain itu, penggodam tidak boleh "mencuri" bitcoin daripada orang lain — mereka hanya boleh "menggandakan" bitcoin mereka sendiri, sama seperti pemalsuan bil dolar/ringgit palsu dan bukannya merompak bank. Sekali lagi, ini adalah perkara yang paling bodoh untuk dilakukan kerana nilai bitcoin akan jatuh dengan cepat kerana rangkaian menyedari bahawa bitcoin telah dibelanjakan sebanyak dua kali dan orang ramai mula hilang keyakinan terhadap bitcoin.

Kebimbangan Pengkomputeran Kuantum

Ramai yang berasa ragu-ragu dan juga menimbulkan kebimbangan untuk pengkomputeran kuantum yang menjadikan keselamatan rangkaian Bitcoin tidak berguna, oleh kerana pengkomputeran kuantum akan dapat memecahkan algoritma penyulitan rangkaian dan mendedahkan kunci peribadi pengguna.

Kebimbangan lain ialah pengkomputeran kuantum boleh membenarkan "pelombong terhandal" yang boleh melombong bitcoin pada kelajuan yang sangat tinggi, sekali gus memusatkan perlombongan dan membolehkan mereka mengawal rantaian.

Gambar: Komputer Quantum - Apabila pengkomputeran kuantum beralih daripada fizik kepada disiplin kejuruteraan, pelabur besar memahami potensinya dan membuat pertaruhan pada teknologi yang belum terbukti.

Walaupun situasi ini mungkin kelihatan menakutkan, ia masih jauh ke masa hadapan bagi pengkomputeran kuantum. Walau apa pun, rangkaian Bitcoin mempunyai banyak masa untuk "menaik taraf"/"dinaik taraf" untuk bersedia menghadapi keadaan yang teruk dan pasti akan dapat melindungi dirinya daripada sebarang jenis serangan yang kita akan lihat pada masa yang datang. Untuk melakukan ini, Bitcoin perlu membuat pemisahan keras "hard fork" kepada protokol yang menampung ciri-ciri quantum-keselamatan. Penulisan yang seterusnya kita akan membincangkan maksud pemisahan (fork) bagi matawang kripto.

Apa yang boleh kita lakukan untuk melindungi ₿itcoin kita?

Buat masa ini, terus mengamalkan keselamatan internet yang terbaik, seperti menggunakan penjana kata laluan dan menghidupkan pengesahan/verifikasi dua-faktor untuk akaun pertukaran kripto anda. Kemudian, kita akan belajar cara untuk memindahkan bitcoin dari pertukaran dan ke dalam dompet penjagaan-kendiri untuk mengelakkan bitcoin kita daripada kecurian oleh penggodam.

Walau bagaimanapun, ada satu amaran: penjagaan-kendiri bukanlah sesuatu tugas yang mudah untuk kebanyakan orang. Adalah penting bagi industri untuk terus membangun dan mengoptimumkan pengalaman pengguna untuk dompet bitcoin, tetapi juga untuk memastikan tempat pertukaran juga harus bertanggungjawab untuk melindungi dana para pengguna yang belum bersedia untuk penyimpanan pengjagaan-kendiri. Akhirnya, kedaulatan diri adalah matlamat akhir untuk melindungi bitcoin kita — tetapi ingatlah, luangkan masa untuk belajar dahulu.

Tip (LN ⚡️ - LightningNetwork): http://zbd.gg/joa333

Share this story