Jika Bitcoin Gagal...

Apa yang akan berlaku jika Bitcoin gagal? Soalan ini mungkin jarang dipersoalkan. Ini apa yang akan berlaku jika Bitcoin tidak berjaya.

Jika Bitcoin Gagal, Privasi Gagal

Keupayaan individu untuk menghantar dan menerima nilai peer-ke-peer tanpa campur tangan kerajaan dan sistem perbankan akan hilang. Bitcoin membenarkan masa hadapan yang cerah bagi sesiapa sahaja untuk menerima akses privasi kepada wang.

Jika Bitcoin Gagal, Penapisan Menang

Kita berada di dalam zaman penapisan media massa dan maklumat yang tidak pernah berlaku selama ini. Bitcoin adalah rangkaian yang paling selamat yang dibina. Berdaya tahan, antipecah/antirapuh tanpa memerlukan kebenaran. Terbuka kepada sesiapa sahaja di dunia. Tiada yang serupa atau seumpama dengannya. Bitcoin tidak boleh ditapis.

Jika Bitcoin Gagal, Kerajaan Menang

Kerajaan boleh hilang beratus-ratus bilion setahun tetapi mahu kita melaporkan atau dikehendaki untuk memberi maklumat setiap kali kita membelanjakan lebih daripada jumlah yang ditetapkan oleh mereka. Pelik. Tidak ada sikap kebertanggungjawaban kerajaan atau ketelusan di dalam sistem kita. Tanpa Bitcoin, kita hilang keseimbangan kepada sistem tersebut

Jika Bitcoin Gagal, Bank Pusat Menang

Birokrasi-birokrasi yang tidak dipilih membuat keputusan kepada nilai buruh dan masa. Wang adalah cara kita menyimpan nilai masa kita di muka bumi ini. Tiada sesiapa yang sepatutnya mempunyai kuasa untuk mengurang atau menjatuhkan nilai masa kita. Bitcoin yang tetap pada bekalan 21 juta membetulkan perkara ini.

Jika Bitcoin Gagal, Kebebasan Bersuara Gagal

Bitcoin adalah sejenis kod. Huruf dan nombor. Kunci peribadi merupakan satu-satunya yang kita perlu untuk menyimpan, mengangkut dan berurus niaga nilai dengannya. Tiada dalam sejarah manusia di mana pertuturan dan bahasa menjadi sangat berkuasa. Kebebasan untuk bersuara adalah perkara asas bagi hak manusia.

Jika Bitcoin Gagal, Kebenaran Objektif Hilang

"Apa itu kebenaran?" semakin lama semakin diputar-belitkan. Anda sendiri boleh cari pakar-pakar di kedua-dua belah pihak dengan adanya sokong "fakta daripada internet". Bersulam seli antara satu dengan lain hingga menjadi satu kebenaran yang baharu. Bitcoin sahaja yang kita ada, yang mempunyai objektif dan ketelusan. Jika kita lihat kepada rantaian blok, jawapan ada di dalamnya.

Jika Bitcoin Gagal, Peralihan Tenaga Gagal

Jika harapan itu adalah dengan adanya peralihan kepada tenaga yang baru, kita perlukan Bitcoin, para pembeli tenaga. Bitcoin menjana keuntungan daripada sisa tenaga dan memberi insentif kepada sumber tenaga yang baru dan cekap. Tenaga dan Bitcoin, kedua-duanya seiring.

Jika Bitcoin Gagal, Kapitalisme Gagal

Bitcoin tidak mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif, atau sesiapa sahaja yang berpangkat tinggi. Bitcoin secara semulajadi mendapat nilainya daripada bawah ke atas. Rangkaian ini mewakili semangat kapitalisme yang dimanfaatkan melalui kod. Kepentingan diri yang digabungkan dengan inovasi dan kepintaran. Jika kita menghargai kapitalisme, kita menghargai Bitcoin.

Jika Bitcoin Gagal, Kita Tidak Akan Mempunyai Apa-Apa

Kita tidak mempunyai apa-apa yang bernilai. Harta benda dan wang dikawal selia dan disimpan oleh penjaga. Anda tidak memilikinya, hanya ada tuntutan sahaja. Dengan Bitcoin, nilai kehidupan yang kita kerjakan boleh disimpan dengan beberapa perkataan. Anda bebas untuk membawanya ke mana-mana sahaja.

Bitcoin amat penting jika kita hanya berfikir untuk biarkannya gagal dan tidak berfungsi.

Jika kita menghargai kebebasan, ketelusan dan kebenaran, maka kita mahu Bitcoin untuk berjaya.

Jika kita menghargai penindasan, penapisan dan rasuah, maka kita mahu Bitcoin untuk gagal.

Kita tidak boleh biarkan Bitcoin gagal.

Share this story