Apr 27•23 min read
Terjemahan berdasarkan penulisan asal oleh Gigi yang bertajuk Bitcoin Is Magic Internet Money untuk buku 21 Ways dan juga penulisan yang sama sebelum ini bertajuk Magic Internet Money.
"Mana-mana teknologi yang cukup maju tidak dapat dibezakan daripada sihir." - Arthur C. Clarke
Teknologi adalah sesuatu perkara yang mengagumkan. Kita begitu cepat menerima perkara seperti yang sediakala, jarang sekali meluangkan masa untuk merenung betapa ajaib keajaiban moden ini sebenar-benarnya. Kebanyakan perkara yang kita anggap remeh-temeh pada hari ini tidak dapat dibezakan daripada sihir kepada sesiapa yang hidup hanya beberapa generasi yang lalu. Ambil sebagai contoh, telefon pintar. Sekeping kaca yang bersaiz poket, yang boleh mendapatkan sebarang maklumat pada bila-bila masa, bercakap dengan anda, memahami anda, mengenali wajah, membaca cap jari, merakam audio dan video serta mengambil gambar beresolusi tinggi. Ia adalah lampu suluh, kompas, sistem navigasi, buku nota, kalendar, perancang perjalanan dan berjuta-juta perkara yang lain. Ia boleh memuatkan lebih banyak buku daripada Perpustakaan Besar Alexandria dan menunjukkan kepada anda lebih banyak filem daripada yang anda boleh tonton, walaupun anda mempunyai beratus-ratus tahun kehidupan. Dan kini, ia juga boleh menyimpan wang dan menjadikan ia sebagai bank anda.
Seperti semua jenis teknologi, anda tidak semestinya perlu memahami bagaimana cara telefon pintar anda berfungsi untuk menggunakannya. Dalam nada yang sama, kebanyakan orang tidak tahu bagaimana enjin pembakaran dalaman berfungsi, namun mereka memandu kereta setiap hari. Mereka mungkin mempunyai anggaran pemahaman - yang cukup baik untuk mempunyai sedikit kepercayaan terhadap perkara yang mereka gunakan - tetapi selalunya akan kekal seperti itu: pemahaman beranggaran. Betapa kurang/ceteknya pengetahuan kita tentang kerja dalaman akan apa-apa sebenarnya, ia menjadi lebih jelas sebaik sahaja benda/perkara itu rosak. Sebaik sahaja kereta tidak dapat dihidupkan, komputer tidak dapat boot, atau penghala (router) tidak dapat disambungkan, ketidaktahuan kita terbongkar. Apa yang benar untuk keajaiban pada masa kini juga akan menjadi benar untuk keajaiban pada masa hadapan: anda tidak perlu memahami bagaimana segala-galanya berfungsi untuk menggunakannya dengan jayanya.
Cara terbaik untuk membiasakan diri dengan teknologi (atau sihir, dalam hal ini) adalah dengan menggunakannya. Tidak ada cara yang lebih baik untuk mempelajari sesuatu cara berfungsi - bagaimana ia boleh berguna kepada anda - selain daripada pengalaman secara langsung. Perkara yang benar untuk kereta dan telefon pintar juga benar untuk Bitcoin. Ia benar untuk kebanyakan perkara di dunia kita, malah yang paling biasa. Anda mungkin tidak mengetahui setiap perincian tentang cara kunci berfungsi, tetapi anda tahu bahawa kegagalan mengunci kereta atau pintu rumah anda mungkin membawa kepada bencana. Begitu juga, anda tidak perlu mempelajari semua selok-belok kriptografi kunci awam dan fungsi pencincangan untuk memahami bahawa kesalahan mengendalikan kunci peribadi anda mungkin membawa kepada bencana juga.
"Perkara yang baik tentang bitcoin ialah anda tahu nombor itu dengan tepat — nombor ajaib 21 juta." - Garry Kasparov
Bitcoin merupakan anak kepada internet. Kertas putih yang menerangkannya tidak diterbitkan dalam jurnal saintifik tetapi secara bebas di internet. Perisiannya tidak diciptakan oleh sebuah syarikat perisian yang besar tetapi oleh netizen yang menggunakan nama samaran. Ia tidak dijual kepada orang ramai; ia telah dikeluarkan di dalam talian secara percuma. Oleh itu, adalah wajar bahawa iklan viral pertama Bitcoin tidak diciptakan oleh agensi iklan tetapi oleh seseorang individu di internet.
Pada 18 Februari 2013, theymos bertanya kepada komuniti Bitcoin di Reddit jika mereka mempunyai sebarang idea untuk tapak dalaman iklan Bitcoin. Sejam kemudian, mavensbot menyerahkan lukisan seorang ahli sihir berpakaian warna biru yang dilukiskan dengan sangat menarik dan cantik.
Gambar: Ahli Sihir Bitcoin yang asal
Seseorang hanya boleh mengulangi kata-kata ManboobsTheClown: "Sempurna."
Ahli sihir itu menjalani kehidupannya sendiri, menyulap dirinya pada kemeja-t, stokin, koleh (mug), lukisan dan karya seni yang lain. Dia dilukis dan dilukiskan semula berkali-kali, dan keajaiban terbesar yang dilakukannya ialah perihal Bitcoinnya: Wang Internet Ajaib.
Budaya internet sangat pelik, dan boleh dikatakan, budaya Bitcoin lagilah pelik. Ini tidak begitu mengejutkan kerana pengguna awal mana-mana sistem baharu - sama ada rangkaian komunikasi global atau wang kriptografi ajaib, yang pastinya akan mengguling struktur monetari dunia - yang datang dari pinggiran. Sama seperti anda perlu menjadi sedikit aneh untuk berada dalam talian pada peringkat awal, anda perlu menjadi makhluk yang aneh untuk berminat dengan Bitcoin dalam beberapa tahun yang pertama.
Walaupun kita benar-benar telah melangkah jauh daripada peringkat awal, Bitcoin masih dan akan sentiasa menjadi Wang Internet Ajaib. Ia ajaib, ia adalah internet-y, dan ia adalah wang, Wang yang sangat baik.
"Peraturan sihir yang pertama: Jangan biarkan sesiapa tahu nama sebenar anda. Nama mempunyai kuasa." - Neil Gaiman
Seperti yang telah kita lihat dalam Bab 1, Bitcoin mempunyai prasejarah intelektual yang panjang. Ia tidak muncul entah dari mana. Sang penciptanya, bagaimanapun, melakukannya. Satoshi Nakamoto pertama kali muncul di tempat kejadian dengan pengumuman kertas putih Bitcoin pada 31 Oktober 2008. Walaupun Satoshi mempunyai beberapa surat-menyurat peribadi dengan orang terpilih sebelum itu (terutamanya Adam Back dan Wei Dai), malam Halloween 2008 adalah ketika dia menulis e-mel awam pertamanya ke Senarai Mel Kriptografi (Cryptography Mailing List).
Seperti yang dia sebutkan dalam tulisannya, dia telah mengusahakan reka bentuk Bitcoin selema lebih 1.5 tahun, memikirkan idea tunai secara elektronik (dan jenis transaksi yang mungkin berguna) selama bertahun-tahun sebelum itu.
Walaupun sedikit yang diketahui tentang sang pencipta Bitcoin yang menggunakan samaran, ramai yang cuba mendedahkan identiti orang tersebut (atau beberapa orang) di belakang tabir Satoshi Nakamoto. Setakat ini, semua cubaan yang dilakukan sama ada sangat tersasar, spekulatif, atau kedua-duanya sekali. Sehingga ke hari ini, semuanya tidak dapat disimpulkan.
Mungkin contoh cubaan pendedahan yang paling menonjol dibuat oleh wartawan Leah McGrath Goodman yang mengenal pasti Dorian Prentice Satoshi Nakamoto sebagai pencipta Bitcoin. Dorian, seorang pesara jurutera yang berusia 64 tahun pada masa itu, menafikan mempunyai kaitan dengan Bitcoin, menyebut bahawa dia hanya mendengar tentangnya beberapa minggu sebelum wartawan itu mengumumkan berita tersebut dan mengubah hidupnya. Selepas keadaan gembar-gembur media reda, komuniti Bitcoin mula menerima Dorian sebagai penyangga wajah Satoshi Nakamoto, menghasilkan meme dan karya seni dalam proses itu. Lelaki itu menjadi seperti meme-nya sendiri, dan jika identiti Satoshi kekal sebagai misteri, dia mungkin selamanya menjadi wajah pencipta Bitcoin.
Potret Dorian Nakamoto karya Trevor Jones
Selama bertahun-tahun, ramai orang tampil ke hadapan mendakwa diri mereka sendiri sebagai pencipta Bitcoin. Bermula daripada pembohong yang tidak jelas kepada pembohong yang kompulsif kepada yang cacat mental, tiada siapa yang dapat membuktikan bahawa dia adalah Satoshi - dakwaan bahawa, terima kasih kepada kunci awam kriptografi, akan semudah itu untuk dibuktikan seperti menandatangani mesej dengan salah satu kunci peribadi Satoshi.
Malangnya, tanpa bukti kriptografi, yang tinggal hanyalah dakwaan yang keterlaluan dan spekulasi liar. Walaupun sesetengah orang sudah pasti berasa jengkel/tidak senang hati kerana rasa ingin tahu mereka mengenai identiti Satoshi tidak dihentikan, saya tidak sedih dengan perkara ini. Sebaliknya. Fakta bahawa kita tidak tahu siapa Satoshi Nakamoto adalah ciri, bukan pepijat. Sistem tanpa pemimpin tidak semestinya mempunyai pemimpin. Seperti yang dikatakan oleh JImmy Song dengan begitu ringkas, "salah satu perkara yang paling hebat yang Satoshi lakukan ialah menghilangkan diri."
Selain daripada legasinya iaitu Bitcoin, Satoshi meninggalkan kita dengan koleksi-koleksi komen dan penulisan yang disertakan dengan kod. Banyak artikel awamnya - serta beberapa perbincangan peribadi yang dia lakukan dengan para kriptografi yang lain dan pengguna awal Bitcoin - masih ada dalam talian. Jika anda berminat untuk meneroka tulisan Satoshi, dua sumber yang berikut mungkin merupakan arkib yang paling lengkat setakat ini: The Complete Satoshi, dihoskan oleh Satoshi Nakamoto Institute, dan The Book of Satoshi oleh Phil Champagne, yang merangkumi penjelasan dan konteks sejarah sebegai tambahan kepada tulisan Satoshi.
Tulisan-tulisan ini membolehkan kita melakarkan garis masa aktiviti Satoshi, bermula dari kemunculannya secara tiba-tiba pada tahun 2008 sehingga kehilangannya pada tahun 2010. Berikut ialah garis masa dengan peristiwa penting dalam sejarah awal Bitcoin:
Gambar: Garis Masa Bitcoin - Sejarah Awal
Oleh itu, selepas lebih kurang dua tahun, pada 12 Disember 2010, Satoshi hilang. Beberapa kenyataan terakhirnya adalah bahawa "projek ini berada dalam tangan yang baik" dan bahawa dia telah "bergerak ke perkara lain." Sejurus sebelum dia hilang, dua projek paling menonjol dalam sejarah awal Bitcoin telah dilancarkan: Mt. Gox dan Silk Road. Kedua-duanya mempunyai asal-usul ajaib: satu digunakan untuk berurusan dengan kad ajaib, satu lagi dengan cendawan ajaib.
Magic: The Gathering ialah permainan kad popular yang dimainkan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kad permainannya adalah koleksi: ada yang jarang dan mahal (dan selalunya lebih berkuasa), yang lainnya banyak dan murah. Setiap pusingan permainan mewakili pertempuran antara dua atau lebih ahli sihir (pemain) melemparkan mantra dan memanggil makhluk (kad). Permainan kad yang asal dikeluarkan pada tahun 1993 oleh Wizards of the Coast, semakin popular dari tahun 2008 hingga 2016. Beberapa jenis pek pengembangan dan edisi telah diperkenalkan sejak beberapa tahun, termasuk kad baharu, mekanik permainan baharu dan reka bentuk semula visual. Pada kemuncaknya, permainan ini dimainkan oleh lebih daripada 20 juta orang, dan lebih daripada 20 bilion kad telah dicetak, menurut syarikat itu. Pada tahun 2002, permainan ini berpindah ke ruang siber dengan pengenalan Magic " The Gathering Online - versi dalam talian rasmi permainan kad.
Versi inilah yang menyebabkan Jed McCaleb melancarkan Mt. Gox, "Magic: The Gathering Online eXchange." Apa yang pernah menjadi platform untuk peminat Magic: The Gathering - tempat yang membolehkan anda berdagang kad permainan ini seperti saham - akan menjadi pemangkin kepada salah satu bab yang paling gelap dalam sejarah singkat Bitcoin.
McCaleb melancarkan laman web itu pada tahun 2007, bertahun-tahun sebelum Bitcoin menjadi sesuatu bahkan ada. Pasaran dalam talian tidak benar-benar mendapat tarikan, dan selepas beberapa bulan, dua memutuskan untuk menghentikan platform dagangan kad. Walau bagaimanapun, selepas membaca tentang Bitcoin di Slashdot pada tahun 2010, dia melancarkan semula laman tersebut. Kali ini, tumpuannya bukan pada perdagangan kad permainan Magic. Kali ini, tumpuan diberikan kepada perdagangan Wang Internet Ajaib.
Sebagai satu-satunya laman di mana anda boleh membeli bitcoin, Mt. Gox dengan cepatnya mendapat populariti. Menjelang 2013 dan 2014, ia bertanggungjawab untuk lebih 70% daripada semua transaksi bitcoin di seluruh dunia. Selepas hanya tiga tahun, Mt. Gox menjadi pertukaran bitcoin terkemuka dan pengantara bitcoin terbesar di dunia. Dan kemudian semuanya lenyap.
Kejatuhan Mt. Gox mungkin bernilai sebuah buku dengan sendirinya. Pendek kata, disebabkan kecuaian, ketidakcekapan, salah pengurusan dan mungkin lebih daripada sedikit niat jahat, Mt. Gox "kehilangan" 850,000 bitcoin, yang berjumlah $450 juta dan sekitar 7% daripada jumlah bekalan pada masa itu. Syarikat itu memfailkan kebankrapan pada penghujung Februari 2014. Sebulan kemudian, Mt. Gox mendakwa telah menemui sekitar 200,000 koin sekali lagi, menjadi jumlah yang hilang kepada 650,000. Siasatan mendedahkan bahawa kebanyakan dana telah dicuri perlahan-lahan dari semasa ke semasa, bermula pada akhir 2011. Hari ini, sepuluh tahun selepas pelancaran pertukaran bitcoin yang terkenal, penyiasatan dan proses undang-undang masih berterusan.
Iktibar bagi kisah Mt. Gox ialah satu pengajaran yang telah dipelajari. Pelajaran yang sangat mahal, dan pengajaran yang perlu diulang berulang kali, jangan sampai sejarah Mt. Gox berulang: kunci anda, bitcoin anda. Bukan kunci anda, bukan bitcoin anda.
Mungkin bab paling terkenal dalam sejarah awal Bitcoin ialah kebangkitan dan kejatuhan Silk Road, pasaran gelap tanpa nama yang membenarkan individu membli dan menjual barangan dalam talian - bebas daripada status undang-undang mereka. Dilancarkan oleh Ross Ulbricht pada 2011, Silk Road ialah komuniti kecil pembeli, penjual dan pengguna dadah rekreasi. Akhirnya, ia menjadi tempat untuk membeli dadah dalam talian. eBay dadah, seperti yang dipanggil oleh sesetengah orang. Hari ini, kita mungkin akan menggambarkannya sebagai Amazon ubat-ubatan: laman web yang anda boleh membeli apa-apa bahan dari A hingga Z, dan hanya beberapa hari kemudian, apa sahaja yang anda beli akan tiba di dalam peti surat.
Ross mula mengimpikan pasaran dalam talian yang tidak terhad pada masa yang sama ketika Satoshi mengusahakan ideanya tentang Bitcoin. Selaras dengan cita-cita libertarian, dia mahu membeli dan menjual sebarang bahan rekreasi, secara bebas dan langsung. Pada pendapat beliau, kerajaan tidak sepatutnya berkata apa-apa, bahan itu boleh atau tidak boleh dimasukkan ke dalam badan mereka. Ia sepatutnya menjadi pilihan individu. Setiap orang harus dibenarkan membuat keputusan sendiri.
Pada mulanya, dia tidak pasti cara terbaik untuk merealisasikan visi ini. Jelas sekali, usaha sedemikian akan segera ditutup oleh penguatkuasaan undang-undang. Tetapi selepas seorang rakannya memperkenalkannya kepada Tor, jalan kepada penyelesaian teknologi mula muncul. Tor menawarkan kemungkinan untuk menyembunyikan mana-mana laman web atau perkhidmatan dalam talian di sebalik lapisan pengeliruan dan penyulitan, yang secara berkesan membolehkan seseorang menjalankan laman sedemikian secara peribadi dan tanpa nama. Jila tiada siapa yang dapat mengetahui lokasi pelayan, atau identiti orang yang menjalankannya, tiada siapa boleh campur tangan. Walau bagaimanapun, satu masalah yang timbul: pembayaran. Apabila Ross mula berfikir tentang melaksanakan pasaran dalam talian tanpa nama, dia masih belum mengetahui sebarang cara untuk menghantar pembayaran tanpa nama. Wang tunai elektronik adalah bahan yang hilang daripada sup yang sedang dimasak oleh Mr. Ulbricht.
Bitcoin adalah bahagian terakhir teka-teka yang diperlukan untuk menjadikan idea Silk Road menjadi realiti. Sebaik sahaja Ross menemui keajaiban syiling oren, dia mula sibuk. Kini setelah dia mempunyai semua alat, dia bertekad untuk membina laman tersebut. Satu-satunya perkara yang perlu dilakukan ialah mendapatkan produk yang boleh dijual di pasarannya yang baru dibuatnya. Produk pilihannya ialah cendawan psilocybin, yang dia tanam sendiri dalam kabin kecil di luar grid. Dia mampu menghasilkan beberapa kilo cendawan psikoaktif ini, hanya memberitahu teman wanitanya pada masa itu mengenai keseluruhan operasi. Rancangannya adalah untuk mengusahakan kod untuk Silk Road, membina pasaran maya sementara produk pertama sedang berkembang. Dia akan mengumumkan pelancaran Silk Road dalam beberapa forum internet sebaik sahaja laman itu disiarkan secara langsung - BitcoinTalk antaranya - orang yang berminat akan mengetahui selebihnya. Rancangannya berjaya, dan beberapa minggu selepas musim menuai, Ross Ulbricht menjadi vendor pertama di Silk Road, menjual cendawan ajaib sebagai pertukaran wang internet ajaib.
Gambar: Silk Road
Apa yang bermula hanya sebagai laman web dengan cendawan ajaib sebagai satu-satunya penyenaraian tersendiri akhirnya berkembang menjadi sesuatu yang lebih besar daripada unjuran paling optimistik yang dapat dibayangkan oleh pengasas idealistiknya. Dianggarkan bahawa hasil Silk Road melebihi 9.5 juta bitcoin sepanjang tempoh kewujudannya, berjumlah ratusan juta dalam terma dolar AS. Sesetengah anggaran mencecah sehingga $1.2 bilion. Nombor yang lain juga mengagumkan: lebih satu juta transaksi telah difasilitasi antara hampir satu juta pengguna berdaftar, dan laman tersebut menyenaraikan berpuluh-puluh ribu barangan. Akhirnya, Ross Ulbricht, yang dikenali sebagai Dread Pirate Roberts, telah ditangkap dan kemudiannya ditahan, dan Silk Road telah ditutup.
Kisah Ross Ulbricht, penahanannya, dan kebangkitan dan kejatuhan Silk Road adalah menarik dan juka memikat. Ia adalah kisah seorang lelaki muda, bercita-cita tinggi, dan sangat pintar yang akhirnya menjadi DPR (Dread Pirate Roberts): lanun yang digeruni dan kapten kapal dadah maya terbesar yang pernah dilihat di dunia. Kisah idealisme, cinta, pelbagai identiti, ejen FBI yang korup, pembunuh upahan, tek-teki moral, pengkhianatan, persahabatan, pembunuhan palsu, kecurian sebenar, dan garis kabur antara kebaikan dan kejahatan. Ia adalah kisah yang akan selama-lamanya terjalin dengan peringkat awal bitcoin. Bagi kebanyakan orang, Silk Road adalah ubat pintu masuk kepada pil oren: hubungan pertama dengan Wang Internet Ajaib.
Ross kini menjalani hukuman penjara seumur hidup dua kali ditambah dengan 40 tahun tanpa kemungkinan parol, pada asasnya kerana melancarkan laman web. Walaupun keseluruhan cerita bernuansa dan rumit, ini sudah pasti hukuman yang sangat keras untuk melakukan jenayah tanpa kekerasan, terutamanya memandangkan perincian tentang cara kes itu dikendalikan dan bukti diperolehi boleh dipersoalkan.
Sudah tentu, idea tidak boleh dipenjarakan. Selepas Silk Road ditutup, pasaran "gelap" yang lain muncul, kebanyakannya wujud sehingga hari ini. Tidak dinafikan, pasaran dalam talian gelap dan kelabu akan bersama kita selagi rangkaian komunikasi global dan penyulitan yang kukuh wujud. Apa yang mungkin dilihat sebagai kejam oleh sesetengah orang dialu-alukan oleh orang lain sebagai cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk mendapatkan ubat rekreasi dan farmaseutikal yang sama ada sukar diperolehi (kerana harga atau keperluan untuk preskripsi) atau menyalahi undang-undang dalam bidang kuasa mereka. Walau apa pun pendapat anda tentang perkara ini, bitcoin dan pasaran gelap dan kelabu yang membolehkannya, akan kekal di sini.
Disebabkan oleh kegigihannya dan kenaikan harga yang tidak henti-henti, persepsi orang ramai terhadap Bitcoin telah beralih daripada wang laman gelap yang tidak dapat dikesan kepada aset spekulatif selama bertahun. Bagi sesetengah orang, termasuk saya sendiri, persepsi berubah lebih jauh: daripada aset spekulatif kepada wang keras dan teknologi simpanan. Walau bagaimanapun, saya fikir adalah penting untuk memahami sejarah awal Bitcoin, termasuk penggunaan awalnya, motivasi di belakangnya, dan sebab mengapa Bitcoin dipilih untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pengguna yang awal.
Bagaimana dan mengapa Bitcoin digunakan - serta oleh siapa - sudah pasti akan terus berubah dari semasa ke semasa. Tetapi sama ada anda menggunakannya untuk membeli cendawan ajaib atau tidak, Bitcoin akan sentiasa kekal sebagai Wang Internet Ajaib.
Sukar untuk menerangkan keajaiban Bitcoin jika anda belum mengalaminya sendiri. Menerima wang internet ajaib untuk kali pertama adalah, ajaib! Ya, walaupun selepas bertahun-tahun dalam ruang Bitcoin, saya masih kagum. Hakikat bahawa orang secara rawak dari internet boleh teleport nilai terus ke dalam dompet saya yang lain adalah sesuatu yang ajaib.
Hakikat bahawa koin ini mengalir terus di antara anda dan saya benar-benar ajaib. Tiada perantara, tiada pihak ketiga yang dipercayai, tiada perkhidmatan untuk mendaftar. Hanya anda dan saya, berkomunikasi melalui beberapa siri tiub.
Implikasi daripada perkara ini adalah sangat mendalam kerana ia menarik. Bagaimanakah ia berfungsi? Siapa yang bertanggungjawab? Dari mana datangnya koin ini? Bolehkah saya membuat lebih banyak lagi? Ini dan sejuta soalan yang lain akan muncul di kepala anda sebaik sahaja anda mula memahami kedalaman apa yang baru saja berlaku: seseorang memberi anda sesuatu yang bernilai hanya dengan menghantar mesej kepada anda!
Satoshi mungkin orang yang pertama merujuk kepada sifat ajaib Bitcoin. Dalam salah satu daripada banyak penulisan forumnya, dia menulis: "Sebagai percubaan pemikiran, bayangkan terdapat logam asa yang jarang seperti emas tetapi dengan ciri-ciri berikut: warna kelabu yang membosankan, bukan pengalir elektrik yang baik, tidak begitu kuat, tetapi tidak mulur atau sama ada mudah ditempa, tidak berguna untuk sebarang tujuan praktikal atau hiasan, dan satu sifat ajaib yang istimewa: boleh dihantar melalui saluran komunikasi."
Sudah tentu, bitcoin adalah logam asas ajaib yang disebut oleh Satoshi. Hakikat bahawa ia boleh dihantar melalui mana-mana saluran komunikasi adalah menakjubkan. Ia menunjukkan bahawa internet bukanlah satu keperluan untuk Bitcoin. Secara teori, anda boleh menggunakan hampir semua perkara untuk menghantar (dan menyimpan!) bitcoin anda. Pada masa ini, internet adalah alat komunikasi terbaik yang kita ada. Setakat ini, menghantar paket merentasi internet ialah mod komunikasi pilihan Bitcoin. Jika anda ingin teleport beberapa sat dari titik A ke titik B, anda mungkin akan menggunakan internet untuk berbuat demikian.
Disebabkan kekurangan fizikalnya, tiada had kepada bentuk bitcoin anda: teks, kod QR, imej, karya, bunyi, kerya seni, emoji - satu-satunya faktor yang mengehadkan ialah imaginasi kita (lebih lanjut mengenainya dalam Bab 17). Sama ada kita bercakap tentang penyimpanan atau penghantaran transaksi, Bitcoin boleh berubah menjadi apa sahaja yang diperlukan. Harta ajaib ini, sebahagiannya, yang menjadikan Bitcoin begitu berdaya tahan terhadap penapisan. Transaksi Bitcoin boleh dikodkan ke dalam hampir semua perkara, dan - sudah tentu - ia boleh dihantar melalui saluran komunikasi yang disulitkan hujung ke hujung, menjadikannya tidak dikenali sepenuhnya. Bagaimanakah anda boleh menapis sesuatu jika anda tidak dapat memberitahu perkara yang anda sedang lihat?
Gambar: 'TORCHED H34R7S' oleh Coin Artist, teka-teki yang menyembunyikan 4.87 bitcoin dalam pandangan biasa.
Tetapi anjakan bentuk dan teleportasi bukanlah satu-satunya helah Bitcoin. Sekiranya saya terpaksa memilih satu kegemaran, saya mungkin akan memilih keupayaan ajaib bitcoin untuk hilang. Dan saya tidak bermaksud "hantar saya semua bitcoin anda dan saya akan menghantar dua kali ganda jumlah kembali" jenis yang hilang, tetapi jenis penafian yang munasabah. Pada dasarnya, semua yang anda miliki hanyalah mantera ajaib: kunci peribadi anda, yang memegang kuasa untuk membuka kunci bitcoin anda supaya ia boleh diteleport ke tempat lain. Kebanyakan orang menyimpan mantra/jampi ini pada sekeping kertas (atau sekeping keluli, atau sekeping perkakasan khusus). Walau bagaimanapun, anda boleh - dengan sedikit usaha - mempelajari mantera ini dengan menghafal dan memindahkan bitcoin anda ke dalam otak anda, dengan berkesan menjadikannya lenyap/hilang.
Walaupun ini adalah idea yang mengerikan jika anda mengalami amnesia, ia mungkin sangat berguna jika anda terpaksa mengambil langkah yang drastik. Bayangkan semua orang terpaksa meninggalkan negara mereka dengan segera, meninggalkan semua harta benda mereka. Sekarang bayangkan jika mereka mempunyai bahagian yang bermakna daripada nilai bersih mereka dalam bitcoin dan mantera ajaib untuk membuka kunci mereka di dalam kepala mereka. Mereka boleh menyeberangi sempadan dalam keadaan tiada apa-apa dengan kekayaan yang masih utuh di dalam ingatan mereka. Tiada apa-apa yang dapat ditemui oleh pegawai sempadan, dan dengan satu "abracadabra", protagonis itu boleh memulihkan kekayaan mereka sebaik sahaja mereka tiba di tempat yang selamat. Ajaibkan?
Semua komputer adalah mesin penyalin. Internet itu sendiri, pada dasarnya, adalah mesin penyalin gergasi. Ini, secara kebetulan, juga merupakan sebab mengapa wang di internet tidak wujud sehingga penciptaan Bitcoin.
Jika anda mengalihkan fail pada komputer anda, ia sebenarnya tidak bergerak seperti yang dilakukan oleh objek sebenar di dunia nyata. Ia disalin, dan selepas salinan itu disemak untuk ralat, yang asal dipadamkan. Oleh itu, masalah wang di internet: jika saya ingin memindahkan sepuluh dolar daripada komputer saya ke komputer anda, sepuluh dolar sebenarnya disalin - menjadikan jumlah baki sehingga dua puluh dolar semasa pemindahan - dan anda perlu mempercayai saya bahawa saya akan memusnahkan sepuluh dolar saya yang asal selepas anda menerima salinan itu. Bolehkah anda mempercayai saya untuk berbuat demikian? Ini, secara ringkasnya, adalah masalah perbelanjaan berganda. Teka-teki inilah yang menyebabkan kebanyakan orang berfikir bahawa internet tidak boleh menghasilkan wang.
Apakah yang saya maksudkan apabila saya mengatakan bahawa internet tidak boleh menghasilkan wang? Lagipun, terdapat kad kredit, perbankan dalam talian, PayPal, Venmo, CashApp, AliPay, WeChat Pay, dan banyak perkhidmatan lain yang membolehkan anda menghantar dan menerima wang melalui internet. Walau bagaimanapun, mereka semua mempunyai persamaan: orang tengah - biasanya syarikat - diperlukan untuk membuat mereka bekerja. Itu adalah kerana anda perlu mempercayai seseorang untuk melakukan perakaunan dengan betul. Semuanya kerana masalah perbelanjaan berganda yang menjengkelkan tersebut!
Dalam dunia fizikal, kita tidak mempunyai masalah ini. Awak beri saya sebiji epal. Sekarang saya mempunyai epal itu, dan anda tidak mempunyai epal itu lagi. Tiada proses penyalinan, iaitu, tiada pertindihan dan pemadaman seterusnya. Dalam dunia fizikal, perkara bergerak secara semula jadi dari A ke B tanpa ditiru. Dalam dunia fizikal, anda tidak memerlukan orang tengah untuk memudahkan transaksi.
Di alam siber, satu-satunya penyelesaian kepada masalah ini ialah mempunyai orang tengah - pihak ketiga yang dipercayai - menguruskan keteraturan transaksi. Oleh itu, secara piawai, PayPal, VISA, MasterCard (dan semua syarikat lain yang memproses transaksi) mengetahui dengan tepat siapa yang membayar apa kepada siapa pada masa yang tertentu dan atas sebab apa. Pengetahuan adalah kuasa, dan pengetahuan khusus ini memberikan pihak ketiga yang dipercayai ini kuasa untuk menyekat transaksi, membekukan akaun, menolak pembayaran dan menyahplatform pelanggan mereka. Selanjutnya, seperti yang telah ditunjukkan oleh sejarah, data ini pasti akan dibocorkan sama ada oleh kecuaian, ketidakcekapan atau penggodaman yang disasarkan. Pihak Ketiga yang Dipercayai ialah Lubang Keselamatan (Trusted Third Parties are Security Holes), seperti yang dikatakan oleh Nick Szabo.
Bitcoin menghapuskan semua itu, yang sebahagiannya mengapa ia sangat ajaib. Ia berkelakuan seperti wang sebenar di dunia nyata: anda menyerahkan saya sekeping wang dolar, dan itu sahaja. Wang dolar tidak perlu melalui orang lain untuk sampai ke tangan saya. Dan mengapa wang dolar bertukar tangan ini bukan urusan sesiapa melainkan kita sendiri. Kita boleh memberitahu orang lain mengenainya, tetapi kita tidak dipaksa untuk berbuat demikian, dan yang paling penting: kita tidak perlu meminta kebenaran untuk membuat transaksi ini. Bitcoin berkelakuan dalam cara yang sama: anda menghantar saya beberapa sat, dan itu sahaja. Sekarang saya mempunyai sat tersebut, dan anda tidak.
Sehingga baru-baru ini, anda perlu menjadi ahli sihir untuk menggunakan Bitcoin. Sekurang-kurangnya begitulah rasanya. Walaupun Bitcoin datang dengan antara muka pengguna grafik dari hari pertama, memahami konsep misteri yang menjadikannya berfungsi adalah (dan masih lagi!) seperti mempelajari bahasa purba. Kunci persendirian, kunci awam, fungsi pencincangan, tandatangan kriptografi, lengkung elliptik, panggilan prosedur jauh - bagi kebanyakan orang, tiada perbezaan antara konsep ini dan glif yang menggambarkan mantera ajaib.
Sekiranya anda sudah memahami beberapa konsep ini, tahniah! Anda mempunyai permulaan yang lebih awal dalam memahami Bitcoin. Walau bagaimanapun, bahagian teknikal Bitcoin hanyalah sebahagian daripada teka-teki. Ingat: Bitcoin adalah wang internet ajaib, yang pertama sekali. Ramai orang yang berfikiran teknologi tersalah anggap ia sebagai ciptaan teknologi dan tidak melihat ciri-ciri/sifat pelik yang menjadikannya sebagai inovasi kewangan yang mengagumkan.
Walaupun penggunaan Bitcoin semakin mudah setiap hari, ahli-ahli sihir belum ada tamat atau penghujungnya. Sehingga hari ini, pakar Bitcoin membincangkan perkembangan dan idea dalam saluran IRC #bitcoin-wizards, dan Bitcoin masih diterima dan digambarkan sebagai wang internet ajaib. Ahli sihir yang asal sedang berkembang seiring sejalan bersama Bitcoin, seperti idea kita tentang apa itu ahli sihir Bitcoin. Hari ini, mungkin adil untuk kita mengatakan bahawa ahli sihir sebenar ialah para pembangun teras (core developers), mereka yang bekerja/mengusahakan pada peningkatan/penambahbaikan pada lapisan asas protokol Bitcoin.
Gambar: Lukisan ahli sihir Bitcoin oleh @WorldOfRusty.
Memahami Bitcoin ialah proses, suatu perjalanan bagi setiap individu. Anda sendiri mungkin akhirnya menjadi ahli sihir bitcoin, sama seperti orang yang belajar kod hanya untuk menyumbang kepada projek Bitcoin. Dan walaupun anda tidak melakukannya, saya berharap cara yang berbeza untuk melihat Bitcoin ini akan membantu anda dalam perjalanan memahami Bitcoin dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya, saya berharap anda akan mengubah perspektif anda tentang Bitcoin dan apakah ia. Walaupun Bitcoin adalah dan akan sentiasa menjadi Wang Internet Ajaib, secara keseluruhannya, ada banyak lagi.
Ramai orang yang terjebak dalam dunia Bitcoin menggambarkan pengalaman itu sebagai "jatuh ke dalam lubang arnab." Menjejakkan kaki anda ke dunia kekunci dan cincangan yang pelik ini sememangnya terasa seperti memasuki Wonderland. Satu lagi metafora yang sering digunakan ialah adegan "pil merah lwn pil biru" daripada The Matrix, di mana Morpheus menawarkan Neo pil merah (kebenaran) dan pil biru (kejahilan, tetapi kebahagiaan). Neo memilih pil merah, dan selepas itu, dia pasti akan mengetahui sejauh mana lubang arnab itu pergi.
Begitu juga, saya percaya bahawa satu-satunya cara untuk memahami sifat ajaib Bitcoin adalah dengan mengalaminya sendiri. Selepas anda menyediakan dompet kendiri/bukan jagaan dan menulis frasa benih anda dengan pen dan kertas, berhenti dan sedar bahawa perkataan ini adalah mantera ajaib yang boleh menggerakkan bitcoin anda. Untuk semua maksud dan tujuan, perkataan ini adalah bitcoin anda. Hilang perkataan ini, maka hilanglah semuanya. Hafal, maka anda mempunyai bitcoin di dalam ingatan anda. Ajaib.
Dengan kuasa yang hebat datang dengan tanggungjawab yang hebat, seperti yang Pak Cik Ben (cerita Spiderman) ajarkan kita. Bitcoin meletakkan anda dalam kawalan, di mana, menjadikan anda bertanggungjawab ke atas bitcoin anda. Sebaik sahaja anda mendapat beberapa sat, anda boleh menghantarnya kepada sesiapa di mana-mana sahaja, tanpa meminta kebenaran, tanpa sebarang pendaftaran atau perantara. Maka, seterusnya, bermakna anda bertanggungjawab untuk menjadi tekun dan berhati-hati. Jika anda kehilangan akses kepada dana anda, tiada sesiapa yang boleh dihubungi. Tiada siapa yang boleh membantu anda untuk memulihkannya. Jika anda menghantar dana kepada seseorang yang membuat penipuan, tiada siapa boleh membalikkan transaksi ini atau membayar balik untuk anda kerana anda mudah tertipu.
Peralihan amanah dan tanggungjawab ini - daripada pihak ketiga kepada diri sendiri - inilah yang membolehkan kemunculan wang yang kukuh daripada rangkaian Bitcoin. Tetapi apakah yang membezakan wang yang kukuh dengan wang yang tidak kukuh? Dan mengapa kita memerlukan wang yang kukuh sejak awal lagi? Menjawab soalan-soalan ini akan menjadi fokus di dalam bab yang seterusnya.
Penulisan ini dilesenkan di bawah lesen CC BY-SA 4.0
Terjemahan ke Bahasa Melayu oleh Jesper Olsan Ajek